Post Top Ad

MENCEGAH JANGKITAN MRSA

Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA) adalah bakteria staph yang resistan terhadap hampir sebahagian besar antibiotik. Walaupun sebahagian besar bakteria staph yang hidup di kulit dan di dalam hidung tidak menimbulkan masalah, MRSA sangat berbeza kerana ia tidak dapat diubati dengan menggunakan antibiotik biasa. 

Dalam kes adik Izz, dia menggunakan antibiotik "Merepenem". 

"Meropenem is a broad-spectrum carbapenem antibiotic. It is active against Gram-positive and Gram-negative bacteria. Meropenem exerts its action by penetrating bacterial cells readily and interfering with the synthesis of vital cell wall components, which leads to cell death."

Mempraktikkan gaya hidup bersih sebenarnya adalah cara yang terbaik untuk melindungi diri dan keluarga daripada jangkitan bakteria yang berbahaya ini.

Methicillin Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA)
Sumber : Google

Bagaimana MRSA disebarkan?

Di wad, MRSA biasanya disebarkan kepada pesakit melalui tangan individu lain .. biasanya melalui petugas kesihatan yang menyentuh individu penderita jangkitan. Meskipun ini adalah cara penularan MRSA yang lazimnya terjadi, tidak mustahil kemungkinan penularan terjadi dengan cara lain. 

Contohnya :

1. MRSA boleh disebarkan apabila seseorang menyentuh benda yang terjangkiti, seperti peralatan di wad.
2. MRSA boleh disebarkan di antara individu-individu yang menggunakan barang peribadi secara bersama-sama, seperti tuala.
3. MRSA boleh disebarkan di antara individu-individu yang menggunakan peralatan yang sama, seperti peralatan olahraga dan bilik mandi yang sama.

adik Izz dijangkiti MRSA
Benarlah MRSA tidak disedari, sebabnya adik Izz macam tiada apa-apa pun.

Mengapa MRSA berbahaya?

MRSA menjangkiti orang yang sihat tanpa kita sedari. MRSA hidup di dalam hidung manusia, dan biasanya tidak menyebabkan masalah, atau cuma hanya menimbulkan jangkitan ringan. Namun, MRSA ketika itu akan menguasai sistem imun tubuh yang lemah. 

Memandangkan MRSA tidak respons kepada hampir kebanyakan antibiotik, hal ini akan menjadikannya sukar ditangani setelah jangkitan mulai menimbulkan efek negatif. MRSA dapat menyebabkan Pneumonia, bisul dan jangkitan kulit. MRSA juga akan menyusup ke dalam aliran darah dan akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Siapa yang berisiko?

Orang-orang di wad dan mereka yang telah menjalani prosedur bedah yang membuatkan tubuh mereka terdedah terhadap jangkitan. Jenis baru MRSA sekarang, akan menjangkiti individu sihat yang berada di luar wad pula.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!