DRESSINGS CVL DAN TPN

Lupa sudah cara-cara nak dressings CVL dan TPN. Padahal, baru tinggalkan dalam 50 hari. Lama tu, kan? Sedangkan buat hari-hari dressings pun boleh berlaku kesalahan, inikan pula bila sudah tinggalkan selama 50 hari? 

Tapi takpe, nanti bila sudah mulakan semula, In Shaa Allah akan ingat semula. Sebut pasal mulakan semula, beberapa hari ini mama Izz sudah membiasakan diri dressings sendiri CVL dan TPN adik Izz, dibantu oleh jururawat. 

Dan aku pula? Petang ini aku akan join mama Izz untuk dressings CVL dan TPN adik Izz. Prosedur rasanya bila adik Izz akan hampir untuk dibenarkan pulang (discharged), aku dan mama Izz perlu lakukan dressings CVL dan TPN adik Izz dihadapan doktor, pharmacist dan jururawat. 

He's doing well
Please behave ye masa sesi dressings nanti! Please.

Jika lulus, In Shaa Allah dah dekat dah tu adik Izz nak balik. Jika gagal? Mungkin perlu buat lagi rasanya. Setakat ini, Alhamdulillah kami sukses. Doakan kami sukses petang ini. 

Mudah-mudahan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my