BERAPA LAMA KENAL?

Bila ditanya "macamana boleh kenal dengan mama Izz?", aku pun tak tahu macamana nak mula. Dah lama kot! Aku kenal mama Izz semasa di sekolah menengah. Tahun ke-2 sejak aku berpindah ke sekolah itu, barulah aku kenal dengan mama Izz. Masa tu tingkatan 5 rasanya. 

Sepanjang di tingkatan 4, aku tak kenal pun mama Izz, tak tahulah samada mama Izz kenal aku atau tidak masa tingkatan 4 tu. Dia lain kelas, aku lain kelas. Habis SPM, aku bawa haluan ke Shah Alam dan dia stay di sekolah sama. Dia di tingkatan 6. Pastu lama tak jumpa. 1 tahun jugalah.

Nak dijadikan cerita, aku jumpa mama Izz semula. Dia masih di tingkatan 6 dan sekolahnya pergi ke Hari Belia di Stadium Melawati, Shah Alam. Jumpa biasa-biasa je. Ye lah, kat sekolah pun setakat kenal aje, kan. Sekejap je pun. Kami berpisah semula. Kali ini, lama. 

Mr. and Mrs. Right

Hampir 3 tahun, barulah aku berjumpa lagi dengan mama Izz. Itupun di Shah Alam juga. Sebabnya, mama Izz further studies di sana. Aku pun memang study di Shah Alam. Jumpa lah dalam sebulan dua, pastu declare! Hahaha... 

Camtu je ringkasnya. Sejak declare couple tu, sampailah sekarang ni aku dengan mama Izz, 13 tahun sebagai pasangan kekasih dan masuk 9 tahun sebagai suami isteri. Kalau nak dikira "sejak bila kenal mama Izz?", dah 18 tahun mengenali mama Izz. And this numbers keep counting, In Shaa Allah!

Biasa-biasa je, kan... Toksah lah tanya pasal kahwin pulak, nanti aku gelak sorang-sorang. Hahaha!


1 comment:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my