PEMBEDAHAN SIRI KE 23 | CVL INSERTION 12

Masuk wad kerana adik Izz cabut CVL. Ngeri rasa bila memikirkan yang CVL yang dimasukkan pada pembedahan siri ke 17 yang lalu, dicabut adik Izz dengan selamba. Siap berjahit di dalamnya, but masih boleh dicabut adik Izz tanpa adik Izz merasa kesakitan. Alahai, anak! 

Keadaan semasa adik Izz belum boleh untuknya berhenti daripada menerima Nutrisi Parenteral (TPN). Jadinya, nak tak nak doktor perlu memikirkan segera untuk "new CVL insertion". Pembedahan kali ini berbeza. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, pembedahan kali ini dijalankan bukanlah di Dewan Bedah Pediatrik, tetapi di Unit Angiografi

Unit Angiografi, Jabatan Pengimejan dan Diagnostik, HKL
Selesai pembedahan dengan masih berbius bagai, dia minta untuk didukung.

Melalui risikan, pembedahan kali ini dilakukan oleh doktor jantung. Kali terakhir aku diberitahu, salur darah untuk CVL pada bahagian leher dan dada adik Izz sudah tidak boleh digunakan kerana sudah sempit. 

Tetapi, pembedahan yang dilakukan di Unit Angiografi ini meletakkan CVL adik Izz pada salur darah di bahagian dada. Emmm! Malas aku nak fikirkan. Lebih kurang 2 jam adik Izz jalani pembedahan, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan selamat. Syukur! 

CVL insertion kali ke 12 buatnya.
Biarkan dia berehat. Dia masih terkesan dengan ubat bius.

Terbaru, CVL adik Izz pada bahagian dada kirinya pula. Petang mungkin akan terus diberi Nutrisi Parenteral (TPN). Semoga kamu kuat ye, nak! Mudah-mudahan...


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my