MASUK ICU DISEBABKAN HYPERGLYCEMIA

Apabila gula dalam darah badan kita adalah lebih tinggi daripada julat normal, itulah yang dinamakan "Hyperglycemia" (high blood sugar). Aras normal antara 6-8 mmol/L. Hyperglycemia telah sebabkan adik Izz ditempatkan di PICU (Pediatrics Intensive Care Unit) selama 3 hari. 

Tak pernah sebenarnya adik Izz alami Hyperglycemia. Yang biasa pada adik Izz ialah Hypoglycemia (low blood sugar), itupun pabila adik Izz berhenti menerima TPN (Total Parenteral Nutrition/ Nutrisi Parenteral).


Pediatrics Intensive Care Unit (PICU), HKL
Kali kedua adik Izz ditempatkan di PICU (Pediatrics Intensive Care Unit)

Tanda-tanda Hyperglycemia yang adik Izz alami waktu itu adalah adik Izz tiba-tiba sesak nafas dan air kencingnya tidak henti-henti keluar. Dah kebiruan mama Izz beritahu aku masa tu. Ambil darah, tak boleh baca. Tinggi sangat ke? Adik Izz bagai diserang sawan waktu itu sampaikan perlu diberi insulin.

adik Izz masuk ICU kali kedua.

Apa yang sebabkan adik Izz alami Hyperglycemia (high blood sugar), sampai sekarang aku tidak tahu. Salah pada bancuhan TPN (Nutrisi Parenteral) ke? Atau disebabkan "new CVL (Central Venous Line) insertion" ke? Atau...entahlah!

Iyalah, risau rasa bila terjadi apa yang tidak pernah terjadi. Paginya baru saja adik Izz selesai jalani Pembedahan ke-23 (CVL insertion), petangnya tiba-tiba dah masuk PICU (Pediatrics Intensive Care Unit) pula. Sekarang adik Izz nampaknya sudah ok. Gulanya pun sudah terkawal. Harap tidak berulang lagi lah. In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my