KEJADIAN TAK DIINGINI, MASUK WAD SEMULA

Seperti biasa, sama seperti hari-hari biasa, aku berada di pejabat. Tiba-tiba mama Izz telefon beritahu yang opah Izz menelefonnya beritahu yang adik Izz tarik tiub CVL. Allahuakbar... 

Tak senang duduk aku dibuatnya. Mujurlah adik ipar aku berada di rumah, jadi aku minta mama Izz beritahunya untuk terus bawa adik Izz ke Wad KK4 Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Risau aku dibuatnya!

CVL adik Izz was unplugged
Dia ok, aktif seperti biasa bagai tiada apa-apa berlaku.
 
Sampai di wad, adik Izz diminta admit sebabnya tiub CVL adik Izz telah tercabut (unplugged) sepenuhnya. Emmm, 16 hari adik Izz di rumah selepas discharge setelah hampir 6 bulan di wad. Tak lama. Apa aku boleh buat kalau dah itu ketentuanNYA? Terima lah seadanya dengan redha. 

Tiub CVL pula genap 6 bulan selepas kali terakhir adik Izz jalani pembedahan untuk "new CVL insertion". Nampaknya, nak tak nak adik Izz akan perlukan tiub CVL yang baru. 

The problem is his "vein" untuk tiub CVL. 


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my