Post Top Ad

BUAT KENDURI KECIL

Sudah 2 minggu adik Izz di rumah meneruskan Program Home TPN nya. Dan seminggu 3 kali aku akan ke Institut Pediatrik HKL untuk ambil stok TPN adik Izz. Setiap hari Isnin 2 pek, hari Rabu 2 pek dan hari Jumaat 3 pek. 

Oleh sebab adik Izz sudah berada di rumah, jadinya mama Izz dan opah Izz berhajat untuk adakan majlis kecil tahlil dan doa selamat

Majlis Tahlil dan Doa Selamat buat adik Izz.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik. Aku tak buat majlis besar pun. Cuma jemput jemaah surau dan jiran tetangga. Itu pun aku buat selepas solat Zohor. 

Moga-moga, dengan doa-doa semua adik Izz akan mendapat kesembuhan olehNya dan dapat tinggal lama di rumah. In Shaa Allah...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!