ASEPTIC TECHNIQUE (TEKNIK ASEPTIK)

Bakteria ada di mana-mana, ada bakteria yang baik untuk kita manakala yang lain adalah berbahaya untuk kita. Itulah sebabnya meminimumkan pendedahan kepada bakteria berbahaya apabila menjalani prosedur perubatan adalah sangat penting. "Healthcare providers" kerap menggunakan Teknik Aseptik untuk mencapai matlamat ini.

Aseptic Technique Hand Hygiene

Apa pula "Aseptic Technique" ni? 

Teknik Aseptik adalah satu kaedah yang direka untuk mencegah pencemaran daripada mikroorganisma. Ia melibatkan kaedah-kaedah yang ketat (strictest rules) dan menggunakan apa yang diketahui tentang pencegahan jangkitan (infection prevention) untuk mengurangkan risiko mengalami jangkitan. Teknik Aseptik digunakan di bilik pembedahan, di klinik, dan di pusat-pusat penjagaan pesakit luar.

My 5 moments for Hand Hygiene

Aseptik Teknik digunakan untuk?

Teknik Aseptik digunakan dalam pelbagai tetapan klinikal untuk mencegah penyebaran patogen. Matlamat utama Teknik Aseptik adalah untuk mengelakkan organisma berbahaya daripada merebak dan menyebabkan jangkitan.

Teknik Aseptik biasanya digunakan dalam keadaan seperti berikut:

1. Apabila mengendalikan peralatan pembedahan
2. Apabila mengakses kateter dialisis
3. Apabila melaksanakan dialisis (dialysis)
4. Apabila memasukkan tiub dada (chest tube)
5. Apabila memasukkan kateter kencing (urinary catheter)
6. Apabila memasukkan intravena pusat (IV)/ talian arteri
7. Apabila melaksanakan pelbagai teknik pembedahan


2 comments:

  1. Dah lama x masuk blog ko... lain dah rupe bentuknya... hahaha... btw, nice sharing...

    ReplyDelete
  2. Ngaku pun dah lama tak masuk. Cisss! Hahaha...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my