7 Mar 2016

BOBOIBOY THE MOVIE TERBAEKK!

Boboiboy The Movie terbaekk! Aku syak jiwa aku ni sama lah dengan anak-anak aku along Izz yang 8 tahun tu dengan angah Izz yang 5 tahun tu. Sebab apa? Sebabnya aku excited sangat untuk tengok Boboiboy The Movie ni sejak aku tahu bila ianya akan ditayangkan. 
 
Boboiboy The Movie 2016
 
Aku, along Izz dan angah Izz tak pernah terlepas untuk tonton Boboiboy The Series kat tv tu, jadi takkanlah aku nak terlepas menonton Boboiboy The Movie? Aku set masa untuk tengok wayang hari Ahad. Dah agak dah akan 'crowded' dengan orang ramai, jadinya aku beli tiket pada hari Sabtu. 
 
Pagi aku datang ke GSC Alamanda tu untuk beli tiket, fuhhh orang dah ramai? Beratur panjang untuk beli tiket. Hampir 30 minit aku beratur semata-mata untuk beli tiket wayang tau. Dapatlah tiket hari Ahad jam 5.55pm, itupun dapat port 'row' ke4 dari depan. Ah, gasaklah janji aku dapat bawa anak-anak aku tengok movie wajib tonton ni. 
 
GSC Alamanda Putrajaya
Lihatlah, awal pagi dah beratur panjang.
 
Anak-anak aku tak tahu yang aku nak bawa diorang tengok wayang Boboiboy The Movie ni. Sengaja aku rahsiakan, biar gempak sikit. Memang gempak pun, petang semalam aku sampai kat GSC Alamanda, ada masa 40 minit lagi sebelum boleh masuk. 
 
Along Izz dan angah Izz dah bising-bising bila nampak poster Boboiboy The Movie tu. "papa, cepatlah beli tiket". Aku buat derk aje. "PAPAAA, cepatlah beli tikettttt!". Aku katalah yang, "barisan tu panjang dan tiket habis. Kita tengok cerita hantu lah nak?". Masing-masing, "TAK NAKKK!". Then aku tunjukkan tiket yang aku dah belikan, "Yeayyyy, dapat tengok Boboiboy". Seronok sangat mereka. 
 
Tiket Boboiboy The Movie di GSC
Beli tiket awal sehari pun aku dapat row ke4 dari screen. Huhuhu
 
Aku taknak 'spoil' kan mood korang yang nak dan akan pergi tengok Boboiboy The Movie tu. Jadi aku takkan beri 'review' pasal cerita tu. Iyalah, nanti tak best pulak kan kalau korang dah tau. TAPI.... Aku sangat-sangat suggest untuk korang pergi tengok Boboiboy The Movie. Seriously, best sangat. Aku pun suka, apatah lagi anak-anak kan? Korang akan rasa terkejut nanti. Percayalah. 
 
Boboiboy Blaze dan Boboiboy Ice
Kehadiran Boboiboy Blaze dan Boboiboy Ice
 
Kalau by rate, aku boleh beri keseluruhan untuk Boboiboy The Movie ni 10/10. Jalan cerita, 10/10. Grafik, 10/10. Lawak 10/10. Kejutan, 10/10. Oklah, hujung minggu ini, aku akan repeat untuk 2nd round pulak. Tak puas tengok. Aku tanya anak-anak, "nak tengok lagi tak Boboiboy?", cepat je jawab "NAKKKKKKKKK!".
 
 
Share:

6 comments:

  1. Replies
    1. Kuasa 7 ni mmg shocking kan?

      Delete
  2. Samala kita, saya beli tiket online lagi senang..dapat tempat pun best ja sebab beli awal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda akaun nak beli on9. Tapi, biasanya saya beli sehari awal. Ni pun anak2 ajak lagi. Aduss!

      Delete
  3. saya pun beli online siap2...time gie tgk hari sabtu..memang penuh dgn parents bawa anak2 gie tgk boboiboy. memang full house. terbaikkk!! cuti sekolah nie nak bawak diaorang gie tgk sekali lagi. best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... Tak puas tengok. Rasanya memang ramai yang repeat cerita ni... Tapi, anak2 dah pesan nanti nak tgk Batman vs Superman pula. Adoi!

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!