BOBOIBOY KUASA LIMA

Boboiboy Kuasa Lima gempak. Buat kaki kartun dan yang selalu tengok Boboiboy di TV3 tu, mesti korang mengharapkan sesuatu dari filem Boboiboy The Movie kan? Yup, memang "beyond expectation". Dari segi kuasa Boboiboy, korang mesti tahu yang Boboiboy ni ada 5 kuasa kan? Kalau tak tahu, cuba tanya anak-anak korang. Anak-anak aku ingat semua elemen pecahan Boboiboy ni. 
Dalam Boboiboy The Movie, adanya penambahan Boboiboy Blaze (upgrade Boboiboy Api) dan Boboiboy Ice (upgrade Boboiboy Air). Adanya penambahan kuasa pada Boboiboy ni, cukupkan 5 elemen kuasanya. Boboiboy Gempa (upgrade Boboiboy Tanah), Boboiboy Halilintar (upgrade Boboiboy Petir) dan Boboiboy Taufan (upgrade Boboiboy Angin). 
5 elemen kuasa Boboiboy Kuasa Lima
Tapi aku tak sangka lah pula dalam Boboiboy The Movie ni boleh pecah sampai lima sekaligus. Memang elemen kejutan disitu. Kalau korang pergi tengok movie ni, korang akan lagi terkejut bila Boboiboy Kuasa Lima ini boleh berpecah lagi. Pecah berapa? Haaa, korang pergilah tengok. Borara sangat kuat. Mujur tak pecah 100 untuk kalahkan Borara tu. 
Mungkin Boboiboy The Movie 2 nanti barangkali? Siapa tahu, kan? Aku suka ulang cerita yang aku suka. Hujung minggu ini, aku nak pergi tengok lagi. Tak puas. Anak-anak aku? Tiap-tiap hari diorang tengok pun takpa. Hahaha. Sampai sekarang diorang masih bercerita sambil buat gaya. Layan!

Tengok Boboiboy The Movie di GSC Alamanda Putrajaya
Aku ada 3 boboiboy. Free untuk dibawa hanya 2 boboiboy. Lagi sorang, "bizi".

2 comments:

  1. best jg .... tp klimaks die tak sampai ... sekadar pendapat aku ...
    tp serius bangga dengan animasi malaysia

    ReplyDelete
  2. best ek, nanti nak cuba dengan anak2

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my