BERIKAN YANG TERBAIK

 
He is a survivor, not a victim
 
Semakin aku ingin berikan yang terbaik, semakin aku rasa banyak kekurangan. Bagaimana boleh jadi sebegitu? Oh, ini bukan pasal aku tetapi berkenaan persediaan untuk adik Izz pulang. Sebelum adik Izz 'discharge', aku sebolehnya hendak sediakan SEMUA keperluan dan kelengkapan yang mencukupi buatnya. Doa aku, biarlah kepulangannya kali ini LAMA. 
 
Sikit-sikit aku cuba penuhi keperluan "bilik rawatan" adik Izz. Sebelum ini, adik Izz memang pernah ber Home TPN (Total Parenteral Nutrition) di rumah. Paling lama, hampir 3 bulan adik Izz di rumah. Jadi kali ini, aku hendak dia berada lebih lama lagi. Jadinya, aku 'upgrade' sedikit 'bilik khas' nya. 
 
Terbaru, aku tukarkan "wooden child cot" nya dengan "steel child cot". Selesai sudah part itu. Terima kasih lah kerana ada yang menyumbang membantu aku belikan child cot itu. Sekarang, aku sediakan keperluan untuk "dressing" pula. Sehari dalam dua kali adik Izz akan jalani "dressing". Satu, pada waktu petang iaitu semasa hendak On TPN (Nutrisi Parenteral) dan Dua, semasa Off TPN pada waktu pagi.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my