BATMAN v SUPERMAN?

Boboiboy The Movie, satu-satunya movie yang aku pergi tonton lebih daripada sekali. Sebab apa? Tentunya sebab anak-anak aku. Mulanya Boboiboy The Movie ditayangkan, aku bawa along Izz dan angah Izz menontonnya pada hari ke-4 tayangan. Sangat best dan teruja anak-anak aku termasuklah aku. 

Pada akhir cuti persekolahan baru-baru ini, along Izz bertegas mahu lihat Boboiboy The Movie lagi. Mana tak nya, dalam tv asyik preview dan iklan pasal Boboiboy sahaja. Aku ikutkan sahaja. Itupun masih ramai orang yang menonton. Beli tiket awal pagi untuk tayangan petang hari, dapat tempat duduk baris pertama dari hadapan. Aduhai. Tak nak menghampakan anak-anak, aku belikan juga tiket itu. 

Ditakdirkan, diluar pawagam GSC Alamanda ada poster movie akan datang iaitu Batman v Superman. Alamak. Anak-anak dah 'cop' untuk lihat movie ini. Emm!

movie Batman v Superman
 
Dalam pawagam, ada pula preview Batman v Superman. Alamak lagi. Lagi excited lah mereka hendak lihat movie Batman v Superman. Tengoklah hujung minggu ini bagaimana keadaannya. Jika ada kelapangan, In Shaa Allah aku akan bawa mereka. Sebabnya, aku pun teringin sangat-sangat nak lihat movie Batman v Superman ini. 

Alamak!


2 comments:

  1. malam ni aku nak pi tgk, tp selepas beli tiket secara online, terbaca plak review x best pasal filem ni, adehhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti review weh... Tengok trailer, gempak!..

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my