YES, TAMAT AKHIRNYA CINTA SI WEDDING PLANNER!

Aku tak suka dengan drama Cinta Si Wedding Planner ni. Korang tahu kan yang mama Izz di wad kerana menjaga adik Izz. Aku pula di rumah menjaga along Izz dan angah Izz. Waktu inilah pun yang aku ada masa terluang sebab sedang rehat-rehat dengan anak-anak. Time ini lah aku nak tanyakan mama Izz keadaan adik Izz seharian. 
 
Iyalah, hari persekolahan dan bekerja, aku tidak singgah lama di wad untuk tahu bagaimana keadaan adik Izz. Aku, along Izz dan angah Izz cuma singgah sebentar menziarahi adik Izz sambil menjemput opah Izz untuk pulang. Selebihnya, aku akan tanyakan keadaan adik Izz melalui Whatsapp ataupun panggilan telefon. Tapi... 
 
Waktu-waktu inilah yang paling payah sekali mama Izz hendak pickup call ataupun reply Whatsapp. Sebab apa? Sebab mama Izz tengah kusyuk melayan Cinta Si Wedding Planner ini. Aduhai, aku hantar chat, selang beberapa minit baru mama Izz reply. Iklan barangkali. Call? Toksah lah. Kalau pun angkat, mama Izz akan suruh call semula. Huhuhu. Sebab itulah aku tak suka dengan Cinta Si Wedding Planner ini. 
 
Cinta Si Wedding Planner
 
Takdelah. Aku pun layan sama cerita ni sebenarnya. Saja je time tengah babak best tu, aku call mama Izz nak tengok apa respon dia. Whatsapp pun saja je, nak test mama Izz sedang menonton atau tidak? Hihihi. Kalau reply, Alhamdulillah. Kalau tak reply, maknanya mama Izz sedang nonton dan beremosi lah tu. Nak lebih tahu samada mama Izz emosional atau tidak? Tunggu saja panggilan telefon mama Izz. Kalau dia marah-marah, maknanya ada lah tu. 
 
Yang aku pelik, bukan Shira saja yang mama Izz marah, baik Fariz mahupun Zara pun mama Izz marah tau. Biasalah, perempuan. Cuma kerana Tv hospital saja mama Izz tak boleh buat apa-apa. Kalau Tv rumah tu, emmmm... 
 
Faham-faham sajalah.
 
 

7 comments:

  1. SA lgi beremosi tgok citer Isteri vs Tunang..mendidih darah tgok citer tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. give me 5.. serupa.haha

      Delete
    2. awok xde astro, jadinya hanya drama tv3 je lah jadi layanan.

      hahaha

      Delete
  2. saya tak pernah tengok pun drama ni. hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tertengok sebab opah Izz di rumah pun layan citer ni... hahaha

      Delete
  3. nk tgk last rini cmne...best ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt... kalau Zara mati. Kahkahkah...

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my