Post Top Ad

PERGI KILANG PERABOT HOSPITAL

Dekat dah masanya untuk discharge. Jadi sebelum discharge, aku perlu semak keperluan dan kelengkapan samada mencukupi atau tidak. Kalau boleh, biarlah lama pulangnya kali ini. Paling penting tentunya kelengkapan untuk 'dressing' tiub CVL dan TPN adik Izz. Lain-lain mungkinlah sebagai extra buatnya. 
 
Dan semalam aku dan mama Izz pergi ke kilang perabot hospital (LKL Advance Metaltech Sdn Bhd) yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan untuk urusan pembelian child cot adik Izz beserta trolley. Katil yang seiras dengan child cot di Institut Pediatrik HKL. Cumanya, tilam dijual berasingan. Jadinya aku perlu beli sekali tilam. Mahal juga tilam sahaja dalam RM3++. Child cot, hospital mattress dan trolley hampir 2k. 
 
Kilang Perabot Hospital, Taman Perindustrian Bukit Serdang.
Alang-alang nak pergi, bawa terus anak-anak. Rombongan!
 
Takpelah, semuanya demi kesihatan adik Izz. Lagi pun, ada yang turut membantu aku dengan beri sumbangan. Dapatlah ringankan sikit kos pembelian semua ini. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak.
 
 

2 comments:

  1. Tiada yang lagi bagus buat mak ayah daripada melihat senyuman anak-anak .

    ReplyDelete
  2. wahh unik hospital perabot ye

    Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!