MESTI AKU YANG TERAKHIR

Ubah jadual ikut kesesuaian. Sekarang ini almaklumlah waktu Subuh sudah lewat. Jadinya aku perlu ubahsuai sedikit jadual aku. Jika sebelum ini Subuh masuk waktu sebelum jam 6.00am, aku boleh terus sahaja ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur dahulu dan selepas itu barulah aku uruskan hal persekolahan anak-anak. 

Sekarang bila Subuh sedikit lewat, aku 'change my routine'. Apa aku buat? Aku akan terus ke Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) untuk hantar along Izz dahulu. Sempatlah along Izz masuk ke sekolah sebelum loceng 7.35am dibunyikan. Selepas itu barulah aku akan ke Institut Pediatrik HKL untuk opah Izz gantikan mama Izz. 

Saya pelajar SK Sultan Hisamuddin Alam Shah
Sampai awal di sekolah tak bermakna kena masuk awal ke sekolah. Biasanya, dia lepak dulu.

Kemudian hantar mama Izz ke pejabat dan barulah aku hantar angah Izz pula ke Tabika KEMAS Flat Sri Wilayah Jalan Sentul. Selesai mereka, barulah aku ke pejabat dengan menaiki pengangkutan awam RapidKL LRT. Setel. 

Itu jika menurut jadual lah. Kalau ada masalah tidak terjangka? Contohnya jalan sesak disebabkan kemalangan atau ada kenderaan rosak, pastinya aku akan sedikit lambat sampai. Apapun, aku tetap hantar along Izz ke sekolah dahulu. Cuma aku tukar sedikit. 

Sebab sudah lambat, aku akan hantar angah Izz pula. Then barulah aku hantar opah Izz ke wad dan hantar mama Izz ke pejabat. Yang sama cuma 2 perkara. Along Izz ke sekolah dahulu dan aku yang terakhir ke pejabat.  Di tengahnya, tertakluk kepada perubahan.

Pelajar Tabika Kemas
Atas tu cerita pagi. Bila cerita pasal balik, angah Izz akan jadi yang pertama. Bagaimana? Nantilah cerita.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my