INGAT PESAN CIKGU BESAR

Pesanan Guru Besar SK Sultan Hisamuddin Alam Shah buat ibu bapa murid-murid. Ada jugalah yang terkena pada aku sebagai bapa tapi ini semua bergantung kepada keadaan lah. Rasanya semua dapat surat daripada pihak sekolah ni. Oklah, apa pesanan Guru Besar SKSHAS buat parent? Antaranya adalah :

1. Masih ramai murid yang datang lewat hingga jam 8.00AM. 

Aku, Alhamdulillah sehingga hari ini belum lagi tahap hantar along Izz selewat sebegini. Paling lewat aku pernah hantar along Izz ialah jam 7.45AM, itupun kerana kesesakan lalulintas. Memang tak boleh elaklah alasan kesesakan lalulintas ini. Salah aku juga sebab lewat keluar dari rumah. Hihihi. Selewat-lewatnya, aku perlu keluar dari rumah jam 6.30AM.

Ajar anak berdikari
Biasanya sampai awal antara 7.00AM dan 7.15AM.

2. Kehadiran murid pada Januari hanya 94%, tidak capai KPI 95% ke atas.

Alhamdulillah, kehadiran along Izz penuh setakat hari ini untuk persekolahan sesi pagi. Sesi KAFA, ada 'skip' but bersebab. Sebab yang kukuh ye. Dapat kebenaran guru lagi. Hehehe. Aku target, tahun ni along Izz kehadiran penuh, In Shaa Allah.

3. Kebersihan sekolah mendukacitakan terutamanya waktu petang.

Haaa, yang ini entahlah. Kata Guru Besar, ada gelas minuman yang sampai ke padang sekolah dan ke gelanggang tu. Pihak kantin sekolah sampai nak kena beli gelas baru setiap bulan. Huhuhu. Aku kerap pesan along Izz, lepas minum letak gelas dalam bekas. Kalau bungkus, buang plastik dalam tong sampah. Tapi, entahlah dia buat atau tidak? Aku dah pesan, harap dia ikutinya. Kalau ada yang nampak dia buang sampah merata, report kat aku ye.

4. Hantar anak sehingga pagar sekolah SAHAJA.

Beri kepercayaan kepada mereka untuk masuk sendiri ke dalam kawasan sekolah. Mmmmm, aku ikut cakap cikgu. Tapi, lebih sikit aku hantar along Izz. Aku hantar sehingga rak meletak beg sekolah. Boleh, kan cikgu? Sebabnya bukan apa, along Izz perlu dipesan selalu untuk dia ingat. Aku letak beg KAFA, dan pesan padanya, 'nanti tengahari habis sekolah letak beg pagi, ambik beg kafa ye". Itu je. Takpe, kan?

Jadual sesi persekolahan SKSHAS
Jadual sesi persekolahah SK Sultan Hisamuddin Alam Shah

5. Beri peluang anak berdikari.

Semasa pertukaran waktu sesi pagi dan KAFA, ada gap waktu lebih kurang 1 jam. Biar anak ambil beg sendiri, tukar pakaian sendiri dan beli makanan sendiri. Haaa, ini memang aku terapkan dari awal lagi supayang along Izz berdikari. Masa dia darjah 1 je, lebih kurang 2 bulan aku datang setiap tengahari untuk train dia. Alhamdulillah, sampai sekarang aku tak perlu datang lagi waktu tengahari. Dia dah pandai. Walaupun sampai hilang-hilang baju sekolahnya. Takpelah, asalkan dia mampu lakukan sendiri.

Banyak juga pesanan Guru Besar ni ye. Harap parent patuh lah ye. Bukan apa, semua ini demi kebaikan anak-anak kita juga. Tak salah anak tu manja, tapi jangan dimanjakan. Aku pesan pada diri aku juga.

 

2 comments:

  1. saya belum ada pengalaman lagi..lagi 2 tahun baru anak saya masuk sekolah. hehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my