Post Top Ad

BILA ANAK ADA DUA IBU

Tak semena-mena anak aku ada dua ibu. Jadi keliru aku. Mujurlah panggilan ibu itu berlainan. Jangan fikir aku poligami pula ye. Ini pasal anak kedua aku, angah Izz. Tahun ini dia berusia 5 tahun dan aku hantarnya ke Tabika Kemas Flat Sri Wilayah area Titiwangsa tu.  Ala, dekat jugalah dengan Stesen LRT Titiwangsa.

Untuk memudahkan aku, aku upah pengasuh untuk jemput angah Izz bila tamat waktu Tabika Kemas dan pengasuh akan menjaga angah Izz dirumahnya. Petang barulah aku jemput angah Izz pulang. Tak jauh pun, Tabika Kemas kat aras bawah, rumah pengasuh di aras 4. Ramai jugalah anak-anak yang diasuh di situ. Kawan baik angah Izz di Tabika Kemas pun sama ada juga.

Untunglah, mama ada mak pun ada
angah Izz di rumah mak.

 Kenapa aku kata anak aku ada dua ibu? Sebabnya pengasuh membiasakan anak-anak yang dijaganya dengan gelaran MAK. Bila petang aku jemput angah Izz, mesti aku dengar "Mak, papa angah dah sampai". Mulanya kekok juga rasanya. Lama-lama, aku pun dah terbiasa sebabnya hari-hari aku akan tanya, "Hari ini angah makan apa kat rumah mak?". 

Itulah kisahnya kenapa anak aku ada dua ibu. Seorang dengan panggilan Mama dan seorang lagi dengan panggilan Mak. Mujurlah bukan dua-duanya mama. Jika tidak, keliru jadinya. "Makan apa kat rumah mama?". Emm, mama mana? Heheh!

 

5 comments:

  1. tak pe ada dua mak (asuhan) asalkan anak dpt didikan dan jagaan yg baik..
    awk.. jemput join GA http://belogzeera.blogspot.my/2016/02/giveaway-sugarscarf-bg-zeeralily.html

    ReplyDelete
  2. tekejut den tengok tajuk he he he

    ReplyDelete
  3. sama dengan anak saya, panggil pengasuh emak..ada dua ibu juga

    ReplyDelete
  4. hahahahhaha ingatkan apa tadi.. ^^

    shawal datang singgah sini.. :)

    jemput join GA Shawal ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  5. Singgah Sini. Jemput join GA Nadia :D
    http://littlestory-in-smallworld.blogspot.my/2016/02/first-giveaway-by-nadia-syamimi.html

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!