BERHAJAT TUKAR CHILD COT (KATIL KANAK-KANAK)

Adik Izz bakal discharge. Dah seminggu dengar ura-ura berkenaan. Dengar dari mulut doktor sendiri. Alhamdulillah. Tak terkata seronoknya dengar adik Izz akan pulang ke rumah. Hampir 5 bulan adik Izz di wad, macam-macam yang telah dilalui. Bila 'exact date', belum ketahuan lagi.

Tapi sebelum balik, ada perkara perlu aku selesaikan dahulu. Kelengkapan keperluan untuk Home Total Parenteral Nutrition (Home TPN) banyak yang telah aku sediakan. Cuma aku terfikir untuk tukar "baby cot" adik Izz. Iyalah, dulu dia masih kecil, sekarang dia sudah besar. Sudah 3 tahun pun usianya. 

Katil yang digunakannya sekarang adalah katil kayu yang diwarisi daripada along Izz. Lama sudah, hampir 8 tahun dah katil itu. Ada bahagian yang sudah patah, aku sambungkan dan ikat sendiri. Takut yang katil berkenaan sudah tidak dapat menampung berat adik Izz. 

Wooden Baby Cot
Ini katil yang adik Izz gunakan sekarang.

 Lagi pula, doktor memang tidak sarankan untuk ada peralatan berasaskan kayu untuk bilik khas adik Izz. Memerangkap habuk katanya. Apakan daya, aku bukanlah sangat berkemampuan untuk tukar semuanya sekaligus. Mana-mana yang boleh dipakai dan boleh diterimapakai dan dapat kelulusan doktor untuk bilik khas adik Izz, aku gunakan. 

Cuma kali ini, memang aku rasa sampai masanya untuk tukarkan yang baru. Hajat untuk carikan "baby cot" besi yang lebih tahan lama. Aku ada 'post' kan status dalam facebook bertanyakan kalau-kalau ada rakan-rakan yang tahu atau mengenali sesiapa yang ada jual atau boleh buatkan katil. Alhamdulillah, dapat respon baik rakan-rakan. Banyak yang mereka sarankan. 

Akhirnya aku jumpa 'manufacturer' khas untuk 'medical furniture dan equipment'. Malah, mereka juga yang bekalkan kepada Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL). Siapa 'manufacturer' itu? Ia adalah LKL Advance Metaltech Sdn bhd. Dan katil besi yang aku cari sama dengan katil besi yang adik Izz gunakan di wad sekarang. Katil itu memang tahan. mama Izz dan opah Izz kerap duduk sekali dengan adik Izz di atas katil berkenaan. Tiada masalah. 

DC2000 Child Cot
Ini yang bakal dibelikan buat adik Izz. Sama seperti wad KK4 punya.

 Dalam minggu ini, aku akan ke LKL Advance Metaltech Sdn Bhd untuk berbincang dengan mereka. Melalui perbincangan dalam Whatsapp, harga katil berkenaan bersekali dengan tilam khas adalah RM1050.00. Mahalnya. Tapi aku tahu, keperluan yang melibatkan medical ini memang mahal. 

Aku bertanyakan tentang diskaun, pihak mereka minta aku datang terus ke syarikat untuk berbincang. In Shaa Allah akan ada diskaun yang akan diberi. Alhamdulillah. Juga, ada hamba Allah yang berikan sumbangan buat adik Izz yang cukup untuk aku belikan katil berkenaan. Allahuakbar. Semoga hamba Allah berkenaan dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan berpanjangan. Murahnya hati dia. 

Terima kasih. Syukur Alhamdulillah.

Banyak yang ada di LKL Advance Metaltech Sdn Bhd ni. Korang boleh ke ke website mereka di :



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my