PERSEDIAAN SEBELUM PULANG

Belum pun tahu bila adik Izz akan 'discharge', tapi In Shaa Allah dia akan tetap 'discharge' juga. Buat masa sekarang walaupun tiada 'plan' buat ususnya, masih banyak lagi yang perlu dipantau. Plan utama "Home Total Parenteral Nutrition (Home TPN)" tetap diteruskan memandangkan adik Izz belum di tahap "tanpa TPN". 

Instagram ekjozbuluh @ papa Izz
Status Ig aku beberapa hari lepas.

Sebagai persediaan awal, aku perlu audit bilik khasnya. Buat pemeriksaan keperluan Home TPN, kelengkapan untuk Home TPN dan sebagainya. Penting semua itu. Susah nanti jika adik Izz dibenarkan pulang, ada benda yang tidak mencukupi ataupun tiada. Barang-barangnya pula bukan boleh terus beli, ada yang nak kena 'booking' dahulu. Ada stok, cepatlah dapat. Jika tiada stok, nak kena order dahulu dan ambil masa pula nanti untuk dapat.

Kena semak 'expired date' barang-barang yang sudah ada. Kena cek 'sterility' barang-barang lagi. Jika ada yang sudah terbuka atau terdedah, memang nak kena buang terus. Kena kira jumlah barang yang ada. Kurang-kurang kena ada stok mencukupi untuk 2 bulan. Bilik nak kena bersihkan, buang sawang, lap mana-mana yang patut. 


Mesin nak kena cek juga tu. Air purifier dah lama stop, entah boleh on lagi entah tidak. Aircond pun dah lama tak pakai, tengok gaya nak kena cuci juga. Tv? Alhamdulillah masih elok. Peti ais khas tu, memang aku tak pernah off pun. Cooler box, esok nak cuba beli ais batu dan letak dalam tu tengok berapa lama nak cair ais tu. Kalau semalaman masih berketul ais, kira ok lah tu.

Ishhh, banyak nak kena buat ni. Harap cepatlah adik Izz boleh balik. In Shaa Allah.


1 comment:

  1. Mudah- mudahan adik Izz cepat balik ke rumah ye....amin..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my