Post Top Ad

MERONDA SEKITAR KUALA LUMPUR

Nampaknya minggu ini aku kena 'setting' semula masa. Tahun 2016 ini, 2 orang anak aku sudah mula bersekolah. Along Izz darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) dan angah Izz di Tabika KEMAS Flat Sri Wilayah. Masing-masing berlainan arah pula tu. 

Jika 2015, aku cuma hantar along Izz ke sekolah dan bawa angah Izz terus ke pejabat sahaja sebabnya taska yang didiami angah Izz (Taska Permata Timang) cuma berhadapan dengan pejabat aku. Tahun ini tidak. 

Sekolah along Izz di Jalan Sultan Salahuddin, Tabika angah Izz di Jalan Sentul Manis dan pejabat aku di Jalan Raja Laut. Nampak dekat tapi ambil masa banyak tu. Oh, lupa. Aku perlu ke Institut Pediatrik, HKL juga sebabnya adik Izz masih di sana. 

Untuk permulaan, pagi lagi aku terus ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) sebabnya aku perlu hantar opah Izz ke sana. Selepas itu, barulah aku hantar along Izz ke sekolah sekitar jam 7:30 am. Bila along Izz sudah masuk beratur dalam perhimpunan, aku pun pergi hantar angah Izz pula di Tabika KEMAS nya di Flat Sri Wilayah, Jalan Sentul itu. Cukup-cukup masa je sampai sana dalam jam 8:00 am. Then, barulah aku pergi ke pejabat. 

Tabika KEMAS Flat Sri Wilayah, Jalan Sentul Manis
Dah makin besar anak-anak. 

Tak pasal-pasal jadual kerja aku sudah dianjakkan. Takpelah, tengok dahulu bagaimana minggu ini. Mungkin aku perlu ubah lagi 'setting' masa sekarang. 

Harap dipermudahkanNYA. Aamiin...


1 comment:

  1. semoga semuanya dipermudahkan..insyaAllah..amin..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!