COIT PART 1 : LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Tiba-tiba nama Coit menjadi sebutan. Trending di laman Twitter dengan hashtag #FenomenaCoit dan menjadi bualan di laman chat Whatsapp. Asalnya aku cuma post satu status di facebook sahaja. Tidak sangka mendapat sambutan dengan rata-ratanya berkongsikan "Kisah Dengan Coit". 

Misteri Coit
Status fb yang aku muat naik semalam.

Sepertinya Coit ini menjadi igauan buat semua. Tetapi yang menjadi persoalannya, SIAPAKAH COIT? Yang pastinya dia ada di kalangan kita. Mungkin ada yang mengenalinya secara rapat dan mungkin ada yang mengenalinya secara dengar-dengar daripada orang lain atau mungkin tak siapa pun mengenalinya. Pelik kan bila tiba-tiba nama Coit ini jadi fenomena? 

Aku tertarik dengan salah satu komen, "Dia memang hantu. Tapi, sudah dipaku isteri. Maka, hantu itu telah jadi manusia dan beranak-pinak hidup bahagia hingga ke saat ini". Hantu? Adakah Coit ini hantu? Jika dia adalah hantu, hantu jenis apakah dia? Jika dilihat pada komen "dipaku" itu, pastinya dia adalah pontianak. Pontianak pula biasanya perempuan, kan? Kalau dalam cerita vampire, pontianak ada lelaki.

Ok, tick satu point disitu. Coit adalah lelaki! Alasannya, sebab dia dipaku isteri.

Nanti aku akan cuba rungkai lagi pada Episod 2 : Siapakah Coit? Tunggu...


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my