DIA MASIH DI WAD

Bagai lama rasanya tidak bercerita soal adik Izz. Setakat hari ini, adik Izz MASIH lagi di wad. Ura-ura bila boleh balik pun tiada kedengaran. Memandangkan TIADA PLAN berkenaan usus adik Izz, rasanya adik Izz akan teruskan dengan Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja dan bila discharge, teruskan pula dengan Home Total Parenteral Nutrition (Home TPN) pula.

Total Parenteral Nutrition (TPN) Dependant
Mood kurang baik bila dia tidak sihat.

Semalam dia demam. Nampak moody sahaja. Kurang berselera hendak makan dan kurang rasa hendak minum. Bila adik Izz demam, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah "adakah kerana CVL?". Bila nurse beritahu ada nampak kemerahan pada CVL, mulalah tambah risau. 

Tapi, doktor kata tengok dahulu. Sebabnya baru sekali suhunya mendadak naik. Mungkin sebab persekitaran ataupun cuaca yang sangat panas sekarang ini. 

Hope begitulah. 


2 comments:

  1. hai adik IZz..semoga kamu terus kuat ye syg

    ReplyDelete
  2. semoga adik izz terus kuat...cepat baik ye..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my