COIT PART 4 : PERNAH TAK?

Diam tak diam, dah masuk Part 4 "Kisah Misteri Coit" ni ye. Entri part kali ini lebih kepada keyword PERNAH TAK? Mungkin ramai yang tidak pernah tetapi kebanyakannya pasti pernah. 

Fenomena Coit melanda

Contohnya, "PERNAH TAK di bulan Puasa didatangi Coit pada waktu tengahari dengan membawa sekotak air dan rokok Dunhill?". Haaa, pernah tak? Ini baru satu. Banyak lagi tau. Gila-gila pengalaman rakan-rakan aku dengan Coit ini. Nantilah sikit-sikit aku cuba kongsikan, aku tak tahan nak gelak. Hahaha.

Korang pernah alami kerosakan kenderaan tidak? Aku pernah alaminya. Masa tu aku guna motor. Rosak tengah malam. Tapi, "PERNAH TAK tengah malam ko telefon Coit beritahu motor ko rosak dan Coit cuma kata ko jangan nak mengada-ngada dan terus letak telefon?". Haa, masa tu korang tahulah betapa sentapnya rasa. Hahaha.

Ini best. "PERNAH TAK tengok kawan tengah sibuk mesin rumput, lalu Coit datang ajak pergi main snooker, minta kawan tu bersiap-siap sampai lawa hensem-hensem tapi Coit tidak muncul?". Menanti di laman tangga sampai ke sudah. Rumput pula belum habis potong lagi. Hahaha.

Paling sadis masa zaman kurang berduit bujang-bujang, "PERNAH TAK korang tengah feeling hisap rokok, tiba-tiba Coit potong rokok tu?". Haram jadah rasa, kan? Aku masih sedang gelak ni. Aduhai, tak tahan. Banyak pula nak kena kongsikan.

Oklah, last. "PERNAH TAK pagi-pagi mak panggil suruh bangun sebab Coit datang nak jumpa, sambil gosok-gosok mata korang berjalan dan tanya Coit apsal, dia cuma jawab tiada apa-apa dan terus berlalu?". Eh? Kuang hajaq kan? Hampeh.

Nampak, kan? Pada Part 4 ni, macam-macam Coit bisa lakukan dan dimana-mana Coit akan ada. Pagi, petang, siang, malam ada saja dia. Hantu juga barangkali? Eh, takkan lah. Untuk Part 1, Part 2 dan Part 3, bolehlah klik saja ye. Aku sedang tapis apa yang hendak dikongsikan pada Part 5 nanti. Banyak sangat. 

Oklah, aku tak tahan nak gelak. See ya!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my