TAKPE KE LAMA TAK BUANG AIR BESAR?

"Takpe ke tak buang air besar?". Aku kerap bertanyakan kepada mama Izz hal ini. Bukan aku yang tidak buang air besar, tetapi adik Izz. Seingat aku, sejak adik Izz jalani pembedahan 5 Oktober lalu lagi. Aku lihat adik Izz dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Tiada pulalah kembung-kembung perut atau apa. 

Jadi aku fikir logiknya, bagaimana adik Izz hendak buang air besar jikalau usus kecilnya dan usus besarnya terpisah. Memang tak lah. Puasa hampir sebulan, bila sudah boleh buka puasa, hanya minuman yang boleh diberi dan bukannya makanan. Itupun, bila beri minum, nampak pula keluarnya. Atas masuk melalui mulut, di bawah keluar pula melalui tiub yang disambungkan ke vakum. 

Ususnya terpisah, bagaimana hendak buang air besar?
Riak wajahnya kerap berubah-ubah. Semua perasaan ada tergambar.

Usus besar? Rehat lagi rasanya. Tapi, adik Izz ok sahaja dengan keadaan begitu. Jika doktor pun ok, maknanya oklah tu jika tidak buang air besar lelama. Kita pula yang risau lebih, kan? Iyalah, lama kot tidak buang air besar! 

Apapun, aku harap adik Izz akan beransur sembuhlah hendakNYA. Ikut sahaja apa 'plan' doktor, selainnya kita berdoa dan berserah kepadaNYA. Mudah-mudahan.


1 comment:

  1. Kita sbg orang dewasa kalau 3 hari x buang air besar pun dah x keruan kan...semoga dipermudahkan buat adik Izz

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my