SUSUT BERAT BADAN

Semua gembira dan meluahkan rasa syukur bila adik Izz keluar dari wad ICU dan dipindahkan ke wad biasa, wad pembedahan KK4. Aku dan keluarga khususnya sangat-sangat gembira dengan berita ini. Doa-doa kita semua dimakbulkanNYA. Paling dinantikan adalah melihat wajah adik Izz. Aku terikat dengan peraturan untuk tidak 'share' pic adik Izz di ICU. 

Senyumlah, senyumlah, senyumlah
Bila dapat melihatnya senyum, Allahuakbar gembiranya hati ini.

Beberapa hari ini adik Izz agak sukar untuk melelapkan matanya. Dia kadang-kadang terkejut semasa tidur seakan "trauma" kan sesuatu. Maklumlah, sepanjang di wad ICU (25 hari) adik Izz telah jalani 5 kali pembedahan dan 7 kali masuk ke dewan bedah. Sepanjang itu juga setiap jam 10 malam adik Izz akan berseorangan tanpa mama Izz disisi ditemani jururawat sehingga jam 8 pagi. 

Tugas seorang abang
Dia kerap menangis bila gastro nya leaking. Pedih barangkali.

Kesihatan adik Izz agak merosot sedikit kerana 'leaking' di bahagian Gastrostomy nya berulang lagi. Banyak pula keluar air dari perut sebabkan 'dressing' terpaksa dilakukan kerap. Paling yang aku sedih adalah susutnya adik Izz. Melalui timbangan, sebulan ini hanya 700 gram sahaja penurunan namun melihat fizikalnya, aku sangat-sangat sedih. Begitu kurus anakku ini. 

Susut berat badan
Sebelum ICU beratnya 9.4KG. Terkini beratnya 8.7KG.

Bulat matanya, cengkung pipinya, nampak rusuknya, kaki dan tangan juga alahai.... Allahuakbar. Aku harap pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) 24 jam beberapa hari ini boleh meningkatkan berat badannya dan tambah kekuatannya. Melihat tangannya terketar-ketar, aku tahu dia masih dalam keadaan lemah. 

Aku berharap, doktor akan selesaikan segera berkenaan 'leaking gastrostomy' itu. Mudah-mudahan, adik Izz akan semakin sembuh, In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my