Post Top Ad

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUATMU

Bingkisan ringkas buatmu yang tersayang. Semoga dengan meningkatnya usiamu itu... Diharap semakin mantap iman di dadamu. Diharap semakin tabah menghadapi dugaanmu. Diharap semakin sabar menanti sinarmu. Diharap semakin kuat walau berjauhan.

Kekallah dikau sebagai ibu yang penyayang. Kekallah dikau sebagai isteri yang solehah. Kekallah dikau sebagai anak yang berbudi. Kekallah dikau sebagai rakan yang baik. Kekallah dikau sebagai seseorang yang kental.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Sayangku

Doa kami... Semoga dirimu dipanjangkan umur. Semoga dirimu dimurahkan rezeki. Semoga dirimu sihat senantiasa. Semoga dirimu dipermudahkan perjalanan hidup.

Aamiin... SELAMAT HARI LAHIR!

Dari kami : papa Izz, along Izz, angah Izz dan adik Izz buat yang tersayang mama Izz.

2 comments:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!