KARNIVAL UPIN & IPIN 2015

"Keajaiban Bermula" tema Karnival Upin dan Ipin 2015. Baru minggu ini aku dapat tahu tentang karnival ini. Aku pernah pergi ke Karnival Upin dan Ipin ini pada tahun lalu (2014) dengan tema "Inilah Kegembiraan" yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya. Aku pergi pun sudah hari terakhir karnival berkenaan. Rasanya lebih ramai yang "Tidak Gembira" pada karnival yang lalu, kan? 

Keajaiban Bermula di MAEPS Serdang

Karnival Upin dan Ipin 2015 kali ini akan diadakan di Dewan A, MAEPS, Serdang pada 20, 21 dan 22 November 2015 bermula jam 10:00 AM hingga 10:00 PM. Rasanya kali ini juga akan ramai yang pergi bawa anak-anak ke sana. Maklumlah, sekolah pun sudah mulai bercuti. Aku? Mungkin kali ini aku tidak pergi rasanya. Hehehe. 

Antara program pada Karnival Upin & Ipin 2015

Program di Main Hall dan Magic Hall

Tapi kan, kenapa Karnival Upin dan Ipin 2015 kali ini dikenakan bayaran tiket pula? Seingat aku, yang lepas-lepas yang pernah aku pergi 'MASUK ADALAH PERCUMA'. Nampak tidak mahal, tetapi kenapa perlu berbayar? Aku harap penganjuran Karnival Upin dan Ipin 2015 kali ini telah dipertingkatkan kesan kelemahan yang lalu. Iyalah, rata-rata yang pergi ke Karnival upin dan Ipin 2014 yang lalu semuanya tidak berpuas hati. Satu, lokasi penganjuran. Dua, kemudahan meletak kenderaan. Tiga, susunan booth pameran. Empat, macam-macamlah lagi.

Promosi tiket ke Karnival Upin & Ipin 2015

Apapun, jika ada yang pergi jagalah anak-anak ye. Aku pasti, ramainya manusia disana nanti. Sempat lagi untuk bersenam tingkatkan stamina. Manalah tahu hendak kena pikul anak-anak nanti letak atas bahu ataupun dukung. Bila lihat semula, aku mungkin akan pergi lagi bawa along Izz dan angah Izz. Aku berminat dengan persembahan Ultraman Ribut tu. Hope dapat tengok lagi. Hahaha.

Untuk lebih lanjut, bolehlah ke website karnivalupinipin.com




5 comments:

  1. belum pernah lagi ke karnival upin dan ipin nih...dengarnya yang sebelum ni tak berapa nak memuaskan hati kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, tahun lepas memang banyak isu berkaitan karnival ini. Hope karnival kali ini sudah ditambah baik. Yang tak best, kali ini masuk berbayar. Huhuhu

      Delete
  2. tak pernah pergi pun....huhuhu
    xmampu nk tgok depa nanggis nk itu ini...
    anak sorang dua sangguplah huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MummyIzz dekat pun xnak gi? Mujur saya garang, jadinya anak-anak tak berani minta walaupun mereka terpaksa hentak-hentak kaki. Kahkahkah

      Delete
  3. mmg lah berbayar.. cuba tanya, dari mana dtgnya ultraman n raksaksa tu.. kalau bro sudi berlakon bru free kot? saya pun mulanya ingat staff je yg jd ultraman rupanya bkn..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my