Post Top Ad

JOHAN BOLA KERANJANG?

Dari dalam kelas lagi along Izz sudah menunjukkan pingat yang dia dapat. Aku yang dari bawah hanya menganggukkan sahaja. Aku tidak nampak dengan jelas pun itu adalah pingat. Tamat sesi persekolahan KAFA, terus along Izz berlari mendapatkan aku. Dan dia menunjukkan pingat yang dimenanginya. Wah, pingat emas. 

along Izz johan bola keranjang
Tak sabar-sabar dia hendak tunjukkan kepada mama nya.

Aku tanyalah along menang apa? Katanya dia menang bola keranjang. Aku terpinga! Iya ka along menang bola keranjang? Dia mengangguk bangga menyatakan lagi yang dia menang pingat emas acara bola keranjang

Aku tahu beberapa minggu yang lalu ada sukan KAFA peringkat sekolah. Dan yang aku tahu melalui apa yang dia ceritakan setiap kali selepas sukan adalah dia bermain futsal dan lumba lari. Tiba-tiba dapat pingat, bola keranjang pula dah. 

Johan sukaneka 2015
along Izz memang sukar untuk senyum. Gelak dia pandailah.

Bukan aku tidak mempercayainya, tetapi along Izz kerap tukar kenyataan apa yang dia selalu katakan. Sampai ke rumah aku tanya untuk pastikan ini pingat apa. Dia masih mengatakan yang 'along menang bola keranjang'. Sudah berkali-kali dia buat pernyataan yang sama, maka aku pun percayalah yang dia memenangi acara berkenaan. Tak sangka, kan? 

Along Izz walaupun ikut BMI (Body Mass index) nyatakan yang dia obesiti, namun dia seorang yang aktif. Hasilnya... Dia dan pasukan johan bola keranjang. Keep it up!


2 comments:

  1. Tahniah
    Alolooo comel je barisan gigi along Izz tu.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!