ENTAHLAH...

Masih lagi di wad. Entahlah... Tiada pula dengar-dengar khabar angin bertiup ura-ura bila boleh 'discharge'. Ikut kata doktor masa mula-mula 'admit' hari itu, kemungkinan 3-6 bulan jangkamasa "penahanan" nya. 

Entahlah... Hari ini sudah 58 hari adik Izz di wad. Masih wad yang sama iaitu Wad KK4, masih dengan jururawat yang sama (adalah juga bertukar-tukar bila ada jururawat pelatih), masih dengan doktor yang sama (ada jugalah doktor baru). Aku rasa adik Izz juga sudah kenali semuanya di wad itu. 

Entahlah... 'Patient' pula silih berganti keluar masuk. Ada 'patient' yang lama tetapi berjauhan lah pula katilnya. Ada 'patient' discaj 3 hari, masuk duduk semula di wad untuk 4 hari 'then' discaj dan 'admit' semula. Pagi dan petang doktor akan buat rondaan. 

Rutin harian di wad KK4, Institut Pediatrik, HKL.
Tak pernah turun katil lagi ni.

Entahlah... Cukup masa catat jumlah air adik Izz minum dan timbang berat 'pampers'. Keadaan semasa? Sekejap ok dan sekejap tidak ok. Mood pun sama juga sekejap ok dan sekejap tidak. 

Entahlah... 'Suction Tube' pun sama sekejap ok dan sekejap sangat tidak ok. 'Plan' kembangkan usus, aku pun tidak pasti sudah dimulakan atau belum. 

Entahlah... Adik Izz pula masih berpuasa makan. Hanya boleh diberi minum air dan susu sahaja. Nutrisi Parenteral (TPN) sudah dikurangkan kepada 20 jam. Lipid pun sudah dicampurkan sekali dalam pek TPN. Tengok badan masih kurus, tapi berat adik Izz naik. 

Entahlah... Sekarang beratnya sudah 9.9 kg. Kejap senyum, kejap gelak, kejap ketawa. 

Entahlah... Apa nak dicakapkan pun tidak tahu. 

Entahlah...


3 comments:

  1. haduh.. lucu pun ada entri ni.. anyway semoga adik Izz segera sihat.
    Done follow sini.
    Jemput join GA saya

    Giveaway Baucer Diskaun Isomil Plus

    ReplyDelete
  2. cepat sihat adik izz..dah mkin kurus...semoga Allah berikan kesihatan yg baik...semoga tiada lagi pembedahan susulan selepas ni ...auntie selalu follow dkt fb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih auntie. In Shaa Allah, mudah-mudahan...

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my