ASYIK PERGI HOSPITAL JER!

"Kita asyik pergi hospital jer!", tiba-tiba along Izz bersuara. Nampaknya dia sudah bosan dengan rutin biasa aku hujung minggu iaitu pergi ke hospital jenguk mama Izz dan adik Izz. Angah Izz tidak pula bersuara, namun aku tahu dia juga rasai yang sama dengan abangnya along Izz. "Along nak pergi mana?", sahut aku. "Angah, angah, kita nak pergi mana ye?", angah Izz pula yang ditanya nya. "Macam ni lah, kita pergi tengok mama dengan adik dulu, lepas tu papa bawak gi tengok rama-rama, nak tak?". Melompat-lompat mereka kegembiraan, "nak, nak, nak".

Tetap juga aku pergi ke hospital ditemani mereka, dan aku tetap tunaikan janji aku untuk bawa mereka pergi melihat rama-rama. Di Kuala Lumpur, mana nak lihat rama-rama? Dimana lagi kalau bukan Taman Rama-Rama Kuala Lumpur @ Kuala Lumpur Butterfly Park. Lagipun lokasinya berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur. Jadinya, mudahlah untuk aku bawa mereka ke sana. Bayaran masuk juga tidaklah mahal. Yang penting, along Izz dan angah Izz hilang rasa bosan mereka yang tiap-tiap kali cuti hujung minggu pergi ke hospital semata-mata. 


Jalan-jalan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Oklah, aku bawa anak-anak sekali dengan iron man dan ultraman

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Mulanya, hanya 'sibor-sibor' @ pepatung yang ditangkap mereka

Aku tanya juga mama Izz, "takpe ke bawak budak-budak ni jalan-jalan?". Kesian jugalah kan, mama Izz dan adik Izz tidak boleh kemana-mana. Mama Izz cuma, "bawaklah, kesian pada depa". Memang along Izz dan angah Izz ternyata gembira dapat melihat rama-rama. Balik dari Taman Rama-Rama pun tak habis-habis bercerita kepada mama Izz. Adik Izz? Cengang sajalah terbaring dengan wayar dan tiub yang berselirat. Ermmm! 

Jalan-jalan tengok rama-rama
Haa... Yang ini aku tak dapat selamatkan. Dah mati pun asalnya.

Banyak rama-rama di sana, cuma agak susah hendak jumpa. Kena pergi kawasan ceruk sedikit, barulah dapat lihat rama-rama. Menyorok agaknya masa aku dan anak-anak datang? Time aku pergi, tidak lah ramai sangat orang yang datang. Yang ada pun cuma pelancong. Malaysian? Lebih suka pergi shopping complex dan taman tema air kot? Aku rasalah. Hehehe.

Rama-rama terbang tinggi

Taman Rama-Rama

Anak-anak aku agak nakal sedikit. Ada rama-rama yang dapat mereka tangkap, dan belum sempat aku cakap apa-apa, rama-rama sudah putus sayapnya. Alahai, kesiannya. Ada CCTV tidak dalam taman ini? Sampailah aku dan anak-anak keluar, tiada pula kena tahan atau pun apa-apa. Kiranya oklah tu, kan? Selamat. Ada lah dalam 3-5 ekor rama-rama yang aku tidak dapat selamatkan dari mereka. Apa nak buat? Mereka lebih pantas.

Pertama kali tengok kumbang tanduk
Ada juga pameran serangga lain sewaktu ingin keluar dari taman rama-rama

Apa yang penting? Anak-anak aku berseronok hari itu. Dan minggu ini pastinya aku akan dapat soalan yang sama. Mana pula lah aku hendak bawa mereka ye? Nantilah aku fikirkan.

The butterflies of Malaysia

Untuk info lebih berkenaan KL Butterfly Park ini, bolehlah ke laman web mereka di http://www.klbutterflypark.com/.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my