TUTUP BUKU LAMA BUKA BUKU BARU

Tutup buku lama, buka buku baru. Patutlah rasa berat PC ini. Berbelas ribu gambar tersimpan. Entah berapa tahun punyalah. Jadinya, aku hendak buat tapisan sedikit. Mungkin ada gambar yang 'duplicate' ataupun ada folder yang sudah ada tetapi ada lagi atas nama yang lain. Mana gambar yang sama 'moment'nya itu, kenalah aku pilih 2 atau 3 keping yang terbaik. 

adik Izz tika usianya 7 bulan
Sedang rancak dia waktu ini. Namun tiba-tiba...... Takdir!

Sambil belek-belek, aku terjumpa gambar adik Izz 4 hari sebelum adik Izz sakit / dimasukkan ke wad ICU Hospital Putrajaya. Alahai... Mulalah aku terkenang semula kisah lalu yang sudah hampir 2 tahun pun berlalu. 

Kali terakhir bawa adik Izz makan diluar
Last bawa adik Izz makan di luar. Bisakah akan berulang lagi saat ini?

Waktu ini, sihat sahaja adik Izz. Usianya genap 7 bulan 4 hari waktu ini. Ini kalau mama Izz yang melihatnya, mahu mengalir air matanya. Kita pun tidak sangka jadi begini. Iyalah, semuanya telah ditetapkanNYA. Siapalah kita hendak menafikannya. Terima dengan hati terbuka takdirNYA ini. In Shaa Allah, berkat doa kita semua adik Izz akan sihat kembali. Aamiin...

Koleksi gambar anak-anak
Patutlah berat semacam PC. 

Tutup buku lama tak bermakna kita harus membuang buku itu. Sesekali kita perlu membelek buku lama juga agar kita akan terus memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. In Shaa Allah.


1 comment:

  1. betul tu. tutup tak bermakna buang. semoga adik izz cepat sihat

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my