MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT

Apabila mama Izz beri tumpuan penuh kepada adik Izz di wad, aku akan ambil alih tumpuan tumpukan kepada along Izz dan angah Izz. Tidak mahu mama Izz terlampau membebankan fikirannya, aku akan pastikan hal berkaitan along Izz dan angah Izz tiada masalah. Mujurlah ada atok Izz dan opah Izz yang dapat membantu. Urusan persekolahan dan taska, aku sendiri akan selesaikan. Walaupun along Izz dan angah Izz akan bertanyakan berkenaan mama Izz, aku cuma katakan, "mama jaga adik. Adik sakit. Along angah doakanlah agar adik cepat baik". Dan mereka faham. 

Untuk tidak buatkan mereka rasa diabaikan, sesekali aku bawa juga singgah ke wad berjumpa dengan mama Izz. Plan nya jika hari persekolahan, aku tidak mahulah bawa mereka sebabnya agak terkejar-kejar waktu. Tapi, kadang-kadang rasa lama sangat mereka tidak berjumpa dengan mamanya, aku bawalah juga sekejap singgah ke wad bila tamat waktu persekolahan. 

Adik Izz? Masih di menerima rawatan di ICU. Keadaannya? Jika dia masih menggunakan alat bantuan pernafasan, dia masih lagi kritikal. Keadaannya turun naik sebenarnya. Dari masa ke semasa dia dipantau, memang tidak dapat dijangka. Apa-apa boleh berlaku. 

Surau Diri Jumaat Maahad Al Ummah
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.

Semalam pejabat mama Izz adakan majlis bacaan yasin buat adik Izz. Malam tadi pula, ada yang mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat buat adik Izz. Surau di perumahan aku juga mengadakan bacaan yasin dan solat hajat. Semua mahu melihat adik Izz sembuh.

Majlis bacaan yasin dan solat hajat di Surau Diri Jumaat Maahad Al Ummah, Chemor, Perak.
Majlis bacaan yasin dan solat hajat di Surau Diri Jumaat Maahad Al Ummah, Chemor, Perak.

Majlis bacaan yasin dan solat hajat di Surau Diri Jumaat Maahad Al Ummah, Chemor, Perak.
In Shaa Allah dimakbulkanNYA
 
In Shaa Allah, aku yakin Allah akan sampaikan bantuanNYA. Doktor berusaha sedaya upaya mereka untuk adik Izz. Kita sedaya upaya berdoa memohon kesembuhan adik Izz. TAWAKKAL. 

Majlis bacaan yasin dan solat hajat di Surau Diri Jumaat Maahad Al Ummah, Chemor, Perak.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua

Ramai yang datang menziarahi adik Izz. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Tiada mampu aku membalasnya, biarlah Allah sahaja yang membalas budi baik semua. 


2 comments:

  1. kita nantikan keajaiban dari allah swt..semoaga doa- doa yang dititipkan di perkenankan oleh allah...amin....

    ReplyDelete
  2. Semoga family Izz tabah menghadapi ujian ini. InsyaAllah adik Izz akn stabil dn kembali sembuh mcm dulu.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my