MAGNETIC RESONANCE UROGRAPHY (MRU) SCAN

Susulan bengkak pada dada adik Izz | Sudah beberapa hari sejak adik Izz alami bengkak di dadanya, aku masih belum tahu apa penyebabnya. Pakar dan doktor yang melakukan rondaan rutin juga tidak memberitahu apa-apa. Kalau ada pun percakapan itu hanya berlegar sesama mereka sahaja. Walaupun bengkak sedikit menyurut, tetapi ia masih ada. Aktiviti yang melibatkan line CVL (Central Venous Line) adik Izz masih dihentikan. Sekarang hanya diberi antibiotik melalui 'line' di bahagian lengan kirinya sahaja. Lebih seminggu sudah rasanya adik Izz berhenti dari menerima Nutrisi Parenteral (TPN). 

Jalani MRI Scan at Hospital Kuala Lumpur.
Besar dugaanmu wahai anak.

Hari ini, adik Izz akan dibawa dengan ambulan ke Blok Utama Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani MRU Scan. Kata pakar bius, mereka ingin melihat line / salur darah adik Izz. Pertama kali adik Izz akan jalani MRU Scan ini. Risau juga. Bius yang diberi mungkin separa atau penuh bergantung kepada keadaan adik Izz. Kata doktor, setelah MRU Scan barulah akan diketahui punca dada adik Izz membengkak. Oklah, aku menurut sahaja mana yang terbaik. Aku pun tidak tahu, mereka lebih arif. Apa plan mereka selepas MRU Scan, kena tunggulah dahulu. Sebenarnya apa MRU Scan itu?

Magnetic Resonance Urography (MRU) adalah teknik pengimejan invasif yang tidak melibatkan sinaran mengion atau medium kontras iodinated. Tidak banyak info yang aku dapat berkenaan MRU Scan ini. Yang banyak hanya maklumat tentang MRI Scan.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my