8 Oct 2015

KATA PAKAR DIA STABIL, TAPI

Sejak pagi hati tidak senang apabila mama Izz mengatakan yang adik Izz perlukan 'ventilator' atau alat bantuan pernafasan. Katanya adik Izz sangat lemah dimana dia tidak cukup untuk bekerja sendiri mendapatkan oksigen. Allahuakbar. Pakar semalam kata adik Izz memanglah kritikal tapi bukan pada tahap membimbangkan. Selagi dia tidak perlukan alat bantuan pernafasan, selagi itu dia dalam keadaan baik. Dan tiba-tiba? 

Lama aku tunggu untuk dapatkan penjelasan pakar bedah berkenaan adik Izz. Info banyak aku dapat daripada pakar di ICU namun masih kena tunggu apa kata pakar bedah. Seharian aku menanti dengan keadaan adik Izz tidak menentu. Tekanan darah masih rendah ditambah lagi doktor di ICU perlu buat 'line' baru di lehernya, tambah pula dengan lebam seakan terbakar dibahagian CVL. 

Pediatrics Intensive Care Unit (PICU)
Parents boleh keluar masuk mulai 8am - 10pm kecuali waktu doktor buat prosedur.

Entahlah, tak keruan rasanya. Rasanya, sekitar 7pm lebih barulah berpeluang berjumpa pakar untuk dapatkan kepastian berkenaan adik Izz. Kata pakar, keadaan adik Izz stabil buat masa sekarang walaupun dia masih memerlukan 'ventilator' untuk bernafas. Sekejap-sekejap akan dijalankan operasi sedut kahak. 

Berkenaan dengan kesan lebam 'ungu kehitaman' sebesar tapak tangan dibahagian kanan bawah tiub CVL itu, katanya bukanlah 'Sepsis' (ditakrifkan sebagai kehadiran/ kebanjiran organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain). Cuma air yang dikeluarkan daripada usus bergabung dengan bakteria yang menjangkiti darahnya dan menyerang luka pembedahan. Katanya akan sembuh sendiri. 

Dia mendengarnya, cuma tidak mampu memberi respons
mama Izz bercuti. Selagi adik Izz di ICU, selagi itu dia akan bercuti.

Adik Izz masih belum sedarkan diri. Pakar masih menunggu result darah untuk kenalpasti bakteria. Beberapa jenis antibiotik juga sedang diberi. Tekanan darahnya masih menurun tetapi diberi beberapa ubat untuk mengekalkan/ meningkatkan tekanan darahnya. Apa yang ada kini pada adik Izz? 

Tiga tiub disambungkan ke tiub CVL untuk tekanan darah. Tiga tiub di leher untuk antibiotik. Beberapa tiub di lengan untuk ubat lain dan drip. Satu tiub dalam mulut untuk bantuan pernafasan. Satu tiub dalam hidung untuk keluarkan air dari perut/ elak muntah. Beberapa tiub di bahagian perut untuk buangan serta satu tiub untuk saluran kencingnya. Matanya masih di 'tape' bagi mengelakkan kerosakan kornea mata.

Aku tetap risau. Pada aku, selagi dia di ICU selagi itulah dia masih kritikal. 


Share:

10 comments:

  1. Assalam,
    Allah
    terlepas jugak rindu nak tatap wajah adik izz
    terima kasih papa izz
    pagi ni baca update terkini adik izz, terasa lapang sikit dada
    walaupun perkembangan positif tu kecil tapi tetap besar maknanya kan3
    ini tandanya adik izz kuat
    Allah mendengar doa kita
    Alhamdulillah
    semoga kita terus mendoakan kesejahteraan adik izz yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,
      Saya sebolehnya elakkan untuk terlampau publish adik Izz masa dia di ICU. (doktor marah nanti).
      Tapi, saya faham, ramai yang ingin lihatnya. Jadi, saya letakkan di entri ini.
      Alhamdulillah, walaupun sedikit perkembangan baiknya, itu lebih baik sebenarnya.
      Biarlah sikit sikit asalkan ianya berterusan.
      Terharu sangat saya. Ramainya mendoakan adik Izz. Saya dan keluarga tak mampu nak membalasnya, biarlah apa yang tuan/puan lakukan itu dibalas Ilahi dengan rahmatNYA. Inshaa Allah.

      Delete
    2. Moga Adik Izz cepat sembuh ye. Memang teringin nak melawat dia bila dia dah sedar nanti. Keep in touch ye

      Delete
  2. Sentiasa ikuti perkembangan adk Izz dkt sini. Semoga papa Izz sekeluarga tabah mengharungi semua dugaan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. In Shaa Allah kami kuat dengan sokongan semua

      Delete
  3. Semoga anak kecil ni tabah melawan apa yg dihadapi. Xde perjuangan tanpa penderitaan,xde kemenangan tanpa perjuangan..sesungguhnya kejayaan itu dtg dari perngorbanan.Berserah dgn ketentuan Ilahi.

    ReplyDelete
  4. Ya Rabbi..sekian lama menjadi silent reader blog saudara, ni first time saya terpanggil untuk memberikan komen. Nak saja rase nye saya merayu pada saudara supaya dihentikan saja post2 tentang Adik Izz. Tak sanggup lagi rasanya saya tengok betapa deritanya Adik Izz. Setiap kali ade post baru, pasti mengundang air mata. Tak kira lah sama ada perkembangan yg baik atau sebaliknya. Mau saja saya menggantikan tempat Adik Izz. Mungkin naluri seorang ibu. Dari jauh saya mendoakan supaya akan ada keajaiban berlaku pada Adik Izz, semoga anak syurga ni akan sembuh sepenuhnya dan boleh bermain macam anak2 yang lain. Kagum saya pada ketabahan saudara dan isteri. Semoga ganjaran yang besar menanti saudara n keluar 'di sana' nanti.

    ReplyDelete
  5. Saya doakan semoga ibu dan ayah adik Izz tabah dan kuat semangat melalui dugaan ini.. Semoga adik Izz diberi kesembuhan..

    ReplyDelete
  6. SA yakin ahli keluarga terutama ibu bapa adik Izz sangat kuat mengharungi dugaan ini...kita semua doakan yang terbaik buat adik izz..insyaallah ada rezeki adik izz...

    ReplyDelete
  7. SA yakin ahli keluarga terutama ibu bapa adik Izz sangat kuat mengharungi dugaan ini...kita semua doakan yang terbaik buat adik izz..insyaallah ada rezeki adik izz...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!