GAMBARAN MELALUI PANGGILAN TELEFON

Aku masih bekerja. Anak-anak juga masih bersekolah dan ke taska. Hanya mama Izz yang bercuti menemani adik Izz di wad. Aku datang juga ke wad berulang kali bergantung kepada keadaan adik Izz. Banyak info tentang adik Izz aku dapat panggilan telefon daripada mama Izz. Bagaimana aku boleh tafsir keadaan adik Izz melalui panggilan telefon daripada mama Izz? 

Jika mama Izz menelefon dan aku cuma mendengar tangisan sahaja, emmm itu maknanya keadaan adik Izz tidak baiklah itu. Jika aku dapat panggilan telefon, percakapan mama Izz seakan-akan 'high-note', maknanya mama Izz tengah bengangkan samada doktor atau jururawat lah itu. Dan jika aku angkat panggilan aku dengar suaranya yang merdu, maknanya adik Izz dalam keadaan yang sangat baik. 

Ini barulah keluarga. Adik-beradik bersama-sama.
Jika adik Izz di wad, along Izz dan angah Izz tiada halangan untuk melawatnya. 

Macam pagi ini, aku dapat panggilan telefon daripada mama Izz. Dari suaranya aku dapat tahu yang mama Izz sedang dalam keadaan yang gembira. Apa yang buatkan mama Izz gembira? Doktor mengatakan yang adik Izz sudah boleh dipindahkan ke wad biasa iaitu Wad KK4. Alhamdulillah. 

Dapatlah along Izz dan angah Izz berjumpa dengan adik Izz ke sekian kalinya. Lebih 3 minggu baik along Izz, angah Izz mahupun adik Izz tidak bertemu. Syukur. Berkat doa semua buat adik Izz.


2 comments:

  1. Alhamdulillah..berita gembira di pagi Jumaat yang indah ini..perkhabaran berpindah ke wad biasa tanda2 adk izz ada perkembangan positif..semoga adik cepat2 sembuh dan dapat pulang ke rumah..lagi senang along dan angah nak bermain2 dgn adik :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.....semoga adik izz akakn terus baik dan baik....takde bedah2 dah....

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my