DIPINDAHKAN KE PEDIATRIC INTENSIVE CARE UNIT (PICU)

Ini yang dikatakan takdir. Aku baru berasa sedikit lega kerana selesai pembedahan, adik Izz hanya diletakkan di wad biasa. Aku fikir itu satu berita yang baik kerana adik Izz dalam keadaan yang stabil. Tapi, sekejap sahaja sedikit keceriaan yang aku dapat. Aku dapat panggilan daripada mama Izz menyatakan adik Izz akan dipindahkan ke wad ICU. Allahuakbar. Bergegas aku dari pejabat pergi ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. 

Memang bila aku sampai, doktor dan jururawat sedang mempersiapkan adik Izz untuk ke ICU. Dengan nafasnya yang agak laju ditambah pula tekanan darahnya yang semakin menurun. Walaupun adik Izz sudah diberi 2 pek darah baru, namun tekanan darahnya tetap menurun. Keadaan demam yang dialaminya menambah buruk keadaan. Lama aku dan mama Izz ambil masa untuk meredakan diri saat itu. Mama Izz tidak henti-henti menangis. 

Pediatrik ICU HKL
Ada rezekimu di dunia ini anakku. Tabahlah anakku

Ditempatkan di wad ICU, tak ramai yang boleh masuk untuk melihatnya. Berganti-ganti antara parents dan saudara mara serta kawan-kawan yang hadir. Keadaannya kritikal. Kata pakar, ada jangkitan kuman pada darah. Kuman yang hadir dari usus yang membengkak kesan pembedahan kelmarin. Walaupun antibiotik diberi, ada kuman yang 'resistance' dengan ubat itu. Doktor akan tukar-tukar antibiotic sehingga benar-benar membunuh kuman berkenaan. 

Selain itu, didapati ada air di dalam perutnya. Bukan air daripada drip, bukan air kotor dan bukan air bersih. Aku tidak berapa faham dengan bab ini. Aku tinggalkan adik Izz malamnya kerana selepas jam 10pm, parents tidak boleh berada di dalam wad ICU. Kali terakhir aku tinggalkannya, memang keadaannya agak lemah. Berselirat wayar dan tiub padanya.

Terima kasih pada keluarga yang sanggup datang dari Pahang menziarahi kami dan adik Izz. Juga adik beradik yang lain, saudara mara serta kawan-kawan yang hadir. Tak terbalas kami dengan budi baik semua. Sahabat satu Malaysia turut mendoakan adik Izz. In Shaa Allah, pasti ada doa-doa kita yang dimakbulkanNYA.


4 comments:

  1. Assalam,
    Hanya Allah yang mengetahui perancangan terbaik untuk adik izz
    InsyaAllah di hati & bibir kita semua yang sayangkan adik izz, pasti sentiasa mendoakan segala yang terbaik buat adik izz tersayang

    P/S : tologn sampaikan salam buat mama izz. pedih & perit setiap kali saya cuba membayangkan apa yang dirasai mama izz. dia ibu yang tabah. semoga terus cekal AMIN

    ReplyDelete
  2. sampaikan salam SA buat mama Izz..moga mama Izz kuat dan tabah..doa kami bersama adik Izz...amin...

    ReplyDelete
  3. sampaikan salam SA buat mama Izz..moga mama Izz kuat dan tabah..doa kami bersama adik Izz...amin...

    ReplyDelete
  4. Ailments and International Well being - Despite the fact that immunizations towards measles, mumps, and chicken pox considerably reduce the opportunity of the spread of infectious ailments, the flu, not unusual cold, and MRSA are illnesses that may probably affect your kid. Pediatric Urgent Care Totowa

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my