BILA ANAK TERTELAN GULI

Lama sudah tidak mengadap pc untuk update entri dalam blog ini. Aku pun bercuti sebenarnya. Ditambah pula dengan pelbagai perkara berlaku memaksa aku ber'cuti kecemasan' dengan tiba-tiba. Kalau berkenaan adik Izz, dia masih lagi di wad ICU Institut Pediatrik HKL tu. Semalam baru sahaja dia jalani pembedahan dan kini dia di'kuarantin' atas sebab-sebab tertentu. Hanya aku dan mama Izz sahaja yang dibenarkan masuk untuk melihat adik Izz. 

Selain daripada kami, hanya boleh melihatnya dari luar dinding kaca sahaja. Demi kebaikannya dan kebaikan pelawat. Keadaan adik Izz? Banyak perkara tidak boleh dijangka berlaku selagi adik Izz di wad ICU dan selagi dia memerlukan alat bantuan pernafasan. Apa-apa pun boleh terjadi. Cuma kita-kita hanya mampu mendoakannya sahaja. Doktor akan berusaha menyembuhkannya dan selainnya, biarlah Allah sahaja menentukannya. 

Oklah. Tukar cerita sekejap. Minggu lepas, semasa cuti Awal Muharram tu. Aku seperti biasa akan ke HKL untuk temani mama Izz. Aku cuma pergi dengan opah Izz dan acu Izz sahaja, manakala aku tinggalkan along Izz dan angah Izz dibawah jagaan atok Izz. Cadangnya hendak beri mereka rehat. Iyalah, hari-hari aku usung diorang pergi ke hospital. Angah Izz pula kebetulan baru sahaja baik demam. 

Hendak dijadikan cerita, aku terima panggilan daripada atok Izz mengatakan yang mereka sedang berada di klinik swasta kerana "along Izz tertelan guli". Allahuakbar, berdebar jantung dengar berita berkenaan. Bergegas aku ajak opah Izz dan acu Izz untuk pulang ke Putrajaya. Aku hanya fikir along Izz mungkin pengsan atau sedang alami kesesakan nafas. 

Aku 'call' semula dan dapat bercakap dengan along Izz sendiri. Eh, elok pula along Izz bersembang. Sihat sahaja bunyinya. Aku punyalah risau, dia boleh gelak-gelak dalam telefon sambil bercerita, "papa, along telan guli tadi". Sampai sahaja, along Izz nampak sangat ceria. Tapi aku tak puas hati, aku bawanya ke hospital Putrajaya untuk ujian Xray. Guli yang along Izz telan itu adalah bola mainan snooker mini warna hitam bersaiz diameter 10sen. Ujian Xray tidak dapat tunjukkan apa-apa sebabnya guli bola berkenaan adalah plastik. 

Refer pakar bedah di Hospital Putrajaya
Dia menggayakan semula bagaimana dia boleh menelan guli berkenaan.

Doktor beri ubat cair najis untuk keluarkannya melalui cara buangan. Hari-hari lah aku lihat dia buang air, tak jumpa-jumpa guli berkenaan. Sampai hari inilah, tak jumpa-jumpa lagi. Dia pula? Macam tiada apa-apa berlaku. Sejak itu, kemana-mana aku akan bawa along Izz. Tak berani lagi hendak tinggalkannya. Angah Izz aku boleh percaya lagi, tapi along Izz janganlah. Banyak tindakan luar jangka daripada dia. 

Refer pakar bedah Hospital Putrajaya
Dia lebih risaukan ultraman itu daripada risaukan dirinya sendiri.

Hari ini anak-anak bercuti lagi. Maklumlah jerebu. Aku tinggalkan mereka sebabnya opah Izz pun aku 'beri cuti' daripada datang ke hospital. 

Aku? zZzZzZzZzZ... 


2 comments:

  1. Alahai anak... gugur jantung dgr hal mcm ni...

    ReplyDelete
  2. alahai anak...seram SA dengar....

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my