ULANG ALIK KELUAR MASUK WAD ITU PERKARA BIASA

Masuk wad lepas itu keluar wad, masuk semula ke wad lama pula hendak keluar tapi keluar juga akhirnya. Tidak lama, masuk semula ke wad dan keluar semula. Minggu lepas? Adik Izz masuk semula ke wad. Kali ini asalnya 'infection' pada 'Gastrostomy' nya, sudahnya 'infection' pada tiub Central Venous Line (CVL) nya pula. Berapa lama pula kali ini? Wallahualam.  

Sejak November 2013 adik Izz disahkan sebagai pesakit Short Bowel Syndrome (SBS), dia memang kerap keluar masuk wad. Sakit yang tiada ubat, 'then' sensitif pula pada persekitaran, membuatkan aku kena dalam keadaan 'ready' sentiasa. Berada 'di luar kawasan' memang tak lah. 'Even' demam ataupun selsema batuk adik Izz pun aku perlu bawanya 'refer' Institut Pediatrik HKL. Hospital lain? 

Pakar sudah kata, "apa-apa, terus datang sini. Tak perlu ke kecemasan, terus sahaja ke wad (wad KK4)". Macam itulah aku dan keluarga. 23 bulan sudah adik Izz sakit. Sepanjang tempoh itu termasuklah dengan pembedahan baru-baru ini, sudah 16 kali pembedahan adik Izz lalui. Dengan 'dehydrate issue', 'Hypoglicemia issue', 'Vomitting issue' dan pelbagai lah lagi memang susah hendak diselesaikan.  

Bukan tiada jalan, tetapi belum jumpa jalan. Terbaik yang ada pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) dan susu via tiub suapan 'Gastrostomy'. Itu 'plan' terbaik sehingga adik Izz berusia 4 tahun. Dengan usianya kini 2 tahun 6 bulan, menuju usia 4 tahun itu lama sebenarnya. Macam-macam boleh terjadi. Biarlah apa yang terjadi, hanya perkara-perkara yang positif sahaja.  

Sebagai rekod, aku bahagikan kekerapan keluar masuk wad adik Izz seperti dibawah : 

1 - 08 November 2013 hingga 22 April 2014 (166 hari) 
2 - 23 April 2014 hingga 26 April 2014 (4 hari) 
3 - 01 May 2014 hingga 15 May 2014 (15 hari) 
4 - 23 May 2014 hingga 23 Jun 2014 (32 hari) 
5 - 31 Julai 2014 hingga 07 Ogos 2014 (8 hari) 
6 - 23 Ogos 2014 hingga 11 April 2015 (232 hari) 
7 - 13 April 2015 hingga 16 April 2015 (4 hari) 
8 - 15 May 2015 hingga 16 May 2015 (2 hari) 
9 - 25 May 2015 hingga 30 May 2015 (6 hari) 
10 - 02 Jun 2015 hingga 08 Jun 2015 (7 hari) 
11 - 01 September 2015 hingga 09 September 2015 (9 hari)
12 - 22 September 2015 hingga 02 Mac 2016 (162 hari) - counting......

Wad KK4 HKL
Bersiap-siap sebelum discaj.



5 comments:

  1. Assalam papa izz,
    adik izz sungguh kuat
    moga terus kuat yer sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Inshaa Allah. Doa2kanlah dia kuat sehingga betul2 sembuh.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    acik sentiasa mengikuti perkembangan adik izz..kadang2 fb kadang2 kat blog papa izz..
    sedih tengok badan adik izz makin susut T_T
    semoga adik izz kuat dan cepat2 sembuh..dan keluarga adik izz sentiasa positif kerana Allah Maha Mengetahui..pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
    acik hanya mampu doakan dari jauh..take care adik izz ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSSALAM,
      Terima kasih puan. Doa daripada puan buat adik Izz mudah-mudahan dimakbulkanNya.
      Buat masa sekarang, hanya doa yang kami perlukan selain sokongan daripada semua yang beri kami semangat.
      In Shaa Allah, kami percaya aturan Allah ini adalah terbaik.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my