TIBA-TIBA DADANYA MEMBENGKAK!

Ini yang aku selalu katakan 'expect the unexpected' atau jangkaan luar jangka. Baru sahaja paginya aku dapat Whatsapp daripada mama Izz mengatakan adik Izz tidak perlu menjalani pembedahan kerana line CVL masih boleh di'flushing'. Maknanya line CVL adik Izz masih boleh dipakai lagi. Oklah, aku pun gembira dengan pernyataan itu. Mana tidaknya, adik Izz sudah jalani 16 kali pembedahan dan untuk line CVL sahaja sudah 10 kali dia dibedah. 

Macam biasa apabila adik Izz di wad, tengahari aku akan datang menjenguknya disamping beri peluang kepada opah Izz berehat, solat dan makan. Waktu itu adik Izz masih di'drip' dan diberi antibiotik melalui line CVL nya. 

Tidak lama, adik Izz tetiba menangis dan mengatakan "akit, akit, akit" sambil menunjukkan ke bahagian dadanya. Bila buka bajunya sahaja, Allahuakbar! Dada adik Izz mengembung membengkak semacam. Terus beritahu doktor, dan line CVL adik Izz terus di'clamp', mesin 'Infusion Pump' terus 'stop'. 

Either CVl dislodged or CVl uprooted
Naik dadanya disebabkan bengkak.

Doktor cuba memeriksa sekitar dadanya, dan doktor sahkan yang dadanya membengkak. Sebarang aktiviti melibatkan line CVL terus dihentikan. Petangnya sepatutnya adik Izz akan memulakan penerimaan Nutrisi Parenteral (TPN) juga terpaksa dibatalkan. Sampai sekarang belum ada apa-apa lagi kata daripada pakar berkenaan bengkak itu.

Central Verious Line (CVL)
Ini pic adik Izz sehari sebelumnya. Dadanya dalam keadaan baik.
 
Aku tanya-tanya juga kepada doktor, bagaimana boleh berlaku sebegitu? Belum pernah tau terjadi sedemikian. Kata doktor, kemungkinan line di dalam salur darah terangkat ataupun line itu terlucut sebabkan 'drip' yang diberi mengalir keluar ke seluruh dadanya. Risaunya! Tanya juga, bahaya atau tidak? Manalah tahu air yang terkeluar itu pergi ke paru-parunya ataupun jantungnya. Katanya, tidak! 

Apapun aku kena tunggu kata daripada pakar bedah dahulu. Mudah-mudahan tiada apa-apa. Hope!


2 comments:

  1. Allah....kesiannya adik Izz..moga tiada apa2 yang mudarat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan. Sehingga kini belum tahu apa puncanya.

      Delete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my