TERPERANGKAP DEK JEREBU

Jerebu melanda. Tiap-tiap tahun kita di'serang' jerebu. Sudah jadi seperti acara tahunan pula. Bila jerebu, perkara paling aku takuti adalah anak-anak tidak sihat. Aku lihat di Putrajaya, keadaan jerebu semakin teruk. Jadinya, anak-anak tidak  kemana-mana pun. Kalau pun aku keluar, aku keluar tanpa bawa anak-anak sekali. Risau kalau diorang diserang sakit. 

Mana hendak jaga adik Izz lagi, mana hendak tumpukan along Izz dan angah Izz lagi. Runsing nanti. Tambah-tambah mama Izz lah. Tak hendak bagi dia risau, semua terperuk sajalah dalam rumah melayan tv. Tingkap semua aku tutup, itupun masih rasa berasap di dalam rumah. 

Jerebu teruk
Makanya, berkumpullah mereka adik-beradik luang masa sesama mereka.

Mengharap hari hujan saja lagi dengan harapan dapat kurangkan jerebu. Kawasan lain aku lihat dalam status fb rakan-rakan, semuanya sudah hujan. Putrajaya saja yang belum. Apa pun, inilah peluang untuk luangkan masa bersama anak-anak berkumpul semuanya. 


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my