PUAS CARI NAMUN TAK JUMPA

Sudah lama tidak bercerita tentang persekolahan along Izz, kan? Anak yang melucukan juga anak yang cukup menaikkan darah aku terutamanya mama Izz. Terbaru, dalam 2 hari lepas beg sekolah hilang. Biasanya apabila aku hantar pagi, aku akan pesan padanya "habis kelas, ambil beg sekolah KAFA dan letak beg sekolah pagi di rak ye". Dan semalam apabila aku datang petangnya bersama angah Izz, teruslah ke rak beg untuk ambil beg sekolah paginya tetapi tiada. 

Aku tunggu sehingga along Izz tamat KAFA dan dari jauh lagi aku nampaknya dengan keadaan comot bagai. Seluar sekolah bertanah bagai, baju kotor. Aku sudah agak, ini mesti dia main di padang. Sebabnya kawasan padang sahaja yang ada tanah. Aduhai. Sampai sahaja along Izz, aku tanya, "mana beg Boboiboy?". Dia kata ada. Aku kata, "pergi ambil sekarang".

Hilang beg di sekolah SKSHAS
Tengoklah tu seluar sekolahnya? Habis kotor.
 
Dicari-carinya di rak beg namun tiada. Dia hanya pusing-pusing sekitar rak mencari begnya. Aku kata lagi, "kalau takde beg Boboiboy, jangan balik. tidur sekolah". Dia terus pergi ke kelas nya, mencari. Pergi ke surau, mencari. Pergi ke padang, mencari. Tapi tiada. Kalau tahu ke mama Izz ni, memang masaklah. 

Setengah jam along Izz cari beg sekolahnya, tak jumpa-jumpa. Sudahnya, aku ajaknya balik dan terus ke wad untuk melihat adik Izz yang baru selesai jalani pembedahan. Di wad? Faham-fahamlah dengan keadaan mama Izz yang risaukan adik Izz lagi, penat menunggu depan dewan bedah lagi, tahu pula beg along Izz tiada, emmmm. Betullah aku kata, memang masak. 

KAFA di SKSHAS
Sudah kepenatan. Habis pusing satu sekolah cari beg tak jumpa-jumpa. Kesian pula tengok.

Nanti lah pergi sekolah cari lagi beg sekolah tu. Mana tau pengawal sekolah ada jumpa ataupun ada budak yang bawa balik? Sebelum ini, pernah juga hilang. Tapi, jumpa selepas sehari. Kali ini? Tengoklah. Kalau ada rezeki, jumpalah tu. Kalau tiada, apa boleh buat. Along, along!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my