PEMBEDAHAN SIRI KE 16 | CVL INSERTION 10

Pembedahan lagi? Pembedahan ini bertujuan gantikan tiub CVL adik Izz yang dicabut doktor gara-gara 'infection' dengan tiub CVL yang baharu. Tiub CVL ini penting dalam meneruskan pemberian Nutrisi Parenteral (TPN). Adik Izz belum boleh berhenti TPN dikhuatiri membantutkan pembesarannya kerana kekurangan nutrisi nanti. Sejak 6 AM adik Izz sudah berpuasa. Seperti biasa adik Izz akan ditemani mama Izz dan opah Izz. 

Bila hari pembedahan, banyak 'forms' yang perlu ditandatangani mama Izz. Surat kebenaran pembedahan, surat kebenaran bius, surat kebenaran masuk darah dan lain-lain. Semakin hampir dengan waktu pembedahan, adik Izz sudah mula merasa dahaga. Menyedihkan apabila dia asyik menunjukkan kepada botol air nya, "air, air, air". Bukan tak nak beri, tetapi tidak boleh beri. 

10th CVL insertion
Jika boleh, dalam dewan bedah pun mama Izz hendak temaninya.

Tiba masanya bila dapat panggilan dari dewan bedah menyatakan giliran pembedahan adik Izz sudah tiba. Hati? Memang rasa berdebar sahaja. Dalam perjalanan menuju ke dewan bedah, adik Izz didukung mama Izz. Perjalanan rasa cepat sangat. Mama Izz dengan jujuran air mata, opah Izz dengan hilangnya senyuman. Aku pula? Masih dengan 'acting tough' nya. Hehehe. 

Institut Pediatrik HKL
Tiub CVL baru di kanan dadanya.

Hampir 3 jam adik Izz di dalam dewan bedah. Dengar-dengarnya ada sedikit masalah berkaitan 'line' adik Izz. 'Line' sempit. Tiub CVL adik Izz kali ini lebih hampir kepada jantungnya. Apapun, pembedahan berjalan dengan lancar dan selamat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan adik Izz dan terima kasih kepada team pembedahan.

Central Venous Line (CVL)
Moncong saja. Masih terkesan dengan ubat bius.

Adik Izz belum diberi Nutrisi Parenteral (TPN) tetapi di'drip' sahaja melalui tiub barunya. Tiub CVL baru ini di buat di sebelah kanan dadanya. Semoga ini pembedahan terakhir adik Izz sehingga dia berusia 4 tahun hendakNya.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my