MISI NAIKKAN BERAT BADAN

Nutrisi Parenteral (TPN) diberi hari-hari. Hari Isnin hingga Khamis, TPN diberi selama 12 jam, manakala Hari Jumaat hingga Ahad pula, TPN diberi selama 16 jam. Berapa tahap bosannya? Agak-agaklah sendiri ye. Hehehe! Jumlah kalori (Kkal) pada Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz sudah ditambah kerana tahap susut berat badannya agak membimbangkan. Kurus. Memang adik Izz sudah kurus. 

Baru 2 minggu adik Izz diberi Nutrisi Parenteral (TPN) dengan kadar kalori yang baru dan juga jumlah masa yang baru. Jadinya, belum boleh lihat samada berat badannya akan naik atau tidak. Adik Izz sendiri sudah faham waktu bila dia akan diberi TPN. Dalam jam 6.00 pm, biasanya dia akan dimandikan dan disiapkan. Sambil itu, 'dressing' Gastro akan dilakukan dahulu sebelum 'dressing' TPN dan 'dressing' CVL (Central Venous Catheter) dilakukan. 

Dressing TPN
Merelakan. Dia tahu tiada apa yang boleh dia lakukan selain menurut sahaja.

Bila siap, dia sendiri yang akan masuk ke dalam biliknya yang mana kerja-kerja 'preparation' aku sudah lakukan awal. Lap 'trolley' dengan Alcohol Swab. Cuci tangan dengan Handrubs dan keluarkan semua keperluan 'dressing' TPN dan CVL adik Izz. Biasanya aku cuma keluarkan Surgical Glove, Syringe 5cc, Syringe 3cc, Heparine Saline, Normal Saline, Povidone, Water for Irrigation, Micropore, Gauze Swab, Cotton Balls dan last sekali bila adik Izz sudah masuk ke bilik, mama Izz sudah 'lock' bilik, barulah aku akan keluarkan pek Nutrisi Parenteral (TPN) daripada peti ais.

Dalam pek TPN biasanya ada iv drip with filter dan note nutrisi adik Izz. Dari situ, barulah kerja-kerja 'dressing' akan dilakukan. Ambil masa, cool, jangan tergesa-gesa dan jangan silap. Nantilah aku sambung pasal 'dressing' itu. Hahaha.

Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini! 


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my