KESAN PARUT PEMBEDAHAN

Pembedahan ke 16 'CVL insertion' adik Izz yang lepas merupakan pembedahan ke 10 untuk tiub central Venous Line (CVL) sahaja. Jika aku campurkan dengan pembedahan 'Chemoports', sudah 11 kali pembedahan dilakukan di dada adik Izz sahaja. Memang berparut-parut dada adik Izz bekas pembedahan yang lalu. Tompok parut sana-sini baik belah kanan dadanya mahupun belah kiri dadanya. 

Terbaru, tiub CVL adik Izz di sebelah kanan pula. Apa yang merisaukan aku ialah jika terlalu banyak pembedahan untuk 'line' sahaja, aku khuatir 'line' akan habis. Tidak mahulah sampai ke tahap ambil 'line' di paha ataupun perut. Iskhhh, mintak simpang. 

New CVL insertion
Sudah kering luka tiub CVL yang dicabut. Berparutlah nanti nampaknya.

Jadi, aku berharap sangat rakan-rakan mendoakan kesembuhannya. Walaupun lambat untuk sembuh, jika adik Izz sihat sahaja sudah cukup. Dia sihat, bolehlah dielakkan jangkitan, bolehlah elakkan pembedahan lagi. 

Short Bowel Syndrome (SBS)
Tiub CVL barunya disebelah kanan dadanya pula. 

Adik Izz bakal lalui pembedahan besar pada usianya 4 tahun, In Shaa Allah. Sebelum sampai waktunya itu, sihatlah wahai anakku. Janganlah ada lagi pembedahan sebelum pembedahan besar (major op) itu. Aku yang 'acting tough' lain dengan mama Izz yang tak boleh 'acting tough' langsung. 

Pastinya mama Izz yang akan paling bersedih jika adik Izz tidak sihat. Tidak boleh elak keadaan tidak sihat, tapi sekurang-kurangnya dapat elakkan pembedahan pun sudah memadai. Makbulkanlah doa-doa kami semua ya Tuhanku.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my