KESAN JEREBU

Memang aku tidak nafikan, fenomena jerebu memang mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan kita. Antaranya, jerebu boleh menjejaskan sistem pernafasan dan menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, dan sebagainya. Hendak cegahnya, kena pakai 'mask' ataupun kurangkan aktiviti luaran. Itupun kalau boleh, lah. 

Dan terbaru, anak aku along Izz yang terkesan dengan jerebu. Sudah 2-3 hari jugalah dia batuk-batuk berkahak, aku beri ubat nampaklah dia lega sedikit. Tidur malam pula, nafasnya agak berbunyi. Jadi aku ambil keputusan untuk bawanya ke klinik berhampiran dengan rumah aku. 

Nebulizer
Alahai, kasihannya anak papa ini.

Betullah, kata doktor paru-parunya sedikit sempit kerana kahak menyebabkan dia sedikit sukar bernafas dan nafasnya berbunyi. Doktor suruhnya 'neb' untuk cairkan kahak degil lagi pekat itu. Alhamdulillah, selepas 'neb' sudah tidak berbunyi lagi nafasnya dan paru-parunya juga sudah sedikit baik. Risau juga aku. 

Lita Alis Presint 9
Akulah 'bodyguard' setianya. Heheh!

Doktor suruh berinya ubat selsema, batuk, paru-paru dan juga ubat sembur hidung. Selepas beri ubat, tidurnya juga lena. Kalu tidak, asyik batuk-batuk sahaja dan kadang-kadang sampai muntah. 

Sihat ye along Izz. In Shaa Allah.


1 comment:

  1. anak-2 buah Alja pon sampai masuk hospital and ada yang sampai menelepek tak bangun sbb tak sihat. Jerebu-2 ni anak-2 ddk rumah lebih elok. sdgkan yg ddk rumah pon blh jd mcm anak buah alja menelepek tak bgs apatah lagi anak-2 yg pergi balek sekolah.

    harap anak-2 Ekjoz Buluh dalam keadaan sihat sentiasa. Aamiin :)

    Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

    Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my