DISCAJ DARI WAD

Discaj dari wad. Sudah 2 hari adik Izz berada di rumah. Aku fikir lama adik Izz akan ditahan, Alhamdulillah dia dibenarkan discaj awal. Dia akan teruskan dengan Home TPN pula. Berada di rumah sebenarnya lebih baik. Baik pada adik Izz dan baik juga kepada kami sekeluarga. Adik Izz dapat bersama-sama dengan kami, dan kami pula dapat beri perhatian kepadanya. Jika di wad, berganti-ganti antara opah Izz dan mama Izz menjaganya. Aku, along Izz dan angah Izz hanya dapat menziarahinya seketika.


Home TPN
Gelak tawa inilah yang beberapa minggu dirindui.

Aku harap, biarlah adik Izz pulang lama kali ini. Janganlah ada apa-apa lagi yang boleh sebabkannya masuk wad semula. Moga dia sihat sentiasa hendakNya. Sampai di rumah, senyuman adik Izz yang selama beberapa minggu hilang tiba-tiba timbul. Betapa dia rindukan rumah sebenarnya. 


Welcome home
Berkumpullah semula anak-anak bersama. 

Walau dia sedang kesakitan, berada di rumah dapat lupakan kesakitan dialaminya. Dia mula menjelajah semula di sekitar rumah, keluar masuk bilik, sepah-sepahkan mainan dan bergurau senda dengan abang-abangnya. Kami yang melihatnya juga merasa bahagia.

Alhamdulillah. 


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my