PENTINGNYA PENGHAWA DINGIN

Pentingnya penghawa dingin. Negara kita ini kan cuma ada 2 musim sahaja. Kejap musim panas kejap musim hujan. Bila musim panas, memang sangat panas keadaannya sampaikan malam-malam dirumah pun berpeluh-peluh walhal kipas siling sudah pasang maksimum. Bila tiba pula musim hujan, pasang kipas siling paling minimum pun terketar-ketar lagi. Oklah, bukan itu yang aku nak ceritakan. Saja merepek tapi ada kaitan. 

Dahulu, mula-mula adik Izz akan diletakkan di bawah Home Parenteral Nutrition (HPN), doktor ada beritahu 'requirements' yang perlu diikuti (sebolehnya) sebelum adik Izz dibenarkan discaj. Salah satunya adalah 'aircond' (penghawa dingin). Awalnya aku fikir tidak perlu kerana harganya agak mahal selain ia bakal menambah amaun bil elektrik bulanan aku. Bila doktor terangkan apa pentingnya penghawa dingin berkenaan, barulah aku akur. 

Hitachi Air Conditioner
Sudahnya, masing-masing hendak duduk dalam bilik khas adik Izz. Sejuk dan selesa

Sebolehnya, bilik khas adik Izz perlulah seperti bilik rawatan di wad. Bersih, pengudaraan yang baik dan berhawa dingin. Tujuan utama penghawa dingin adalah waktu 'dressing' dijalankan samada apabila ingin ON Nutrisi Parenteral (TPN) dan OFF Nutrisi Parenteral (TPN). Nutrisi Parenteral (TPN) ini agak sensitif sebenarnya. Selain sensitif dengan cahaya, ia juga sensitif terhadap haba. Silap salah satu, neutral jadinya. Aku dengan mama Izz yang dalam bilik pun selesa melakukan 'dressing'. Dari situ barulah aku faham, pentingnya penghawa dingin (aircond). 

Kini, penghawa dingin itu lebih daripada penting. Sebab apa aku kata begitu? Sebabnya melalui apa yang aku perhatikan, bila adik Izz sedang menerima Nutrisi Parenteral (TPN), suhu badannya akan sedikit meningkat. Kadang-kadang aku lihat berpeluh-peluh dia. Bila sudah berpeluh, mulalah dia rasa tidak selesa. Merengek-rengek dibuatnya. Hendak disuruh tidur pun susah. Kejap-kejap jeram dengan air. Kejap-kejap lap dengan kain basah. Bukan sebab dia demam, tapi sebab dia tidak selesa. Ala, seperti kitalah kalau malam berpeluh-peluh melekit, selesa tak? Macam itulah adik Izz. 

Penyudahnya, penghawa dingin akan dipasang dan ...... terus dia tidur. Pulak? So, disini aku faham yang keperluan penghawa dingin untuk Home Parenteral Nutrition (HPN). Bukan sahaja untuk Nutrisi Parenteral (TPN) dan medium udara bersih dalam bilik khas adik Izz tetapi juga untuk keselesaan pesakit dan penjaga (mama Izz atau papa Izz atau opah Izz).

Untuk lebih penjimatan, aku cuma pasang penghawa dingin pada kadar 24-25 darjah sahaja. Bila keadaan sudah agak selesa, aku tutup 'aircond' tu. Makna kata, aku tidak gunalah sepanjang 12 jam adik Izz On Nutrisi Parenteral (TPN) itu. Yang pasti, saat 'dressing' memang penghawa dingin perlu dipasang.

Dressing Central Venous Line (CVL)
Selesai 'dressing' CVL dan TPN adik Izz. 
Dapatlah aku maintain bil elektrik sekitar 16+.++. Dulu mula-mula aku On memanjang, bila bil sampai 2++.++, terbeliak mata. Bak kata mama Izz, "takpelah abang, kita berkorbanlah sikit ye". 

Baiklah sayang!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my