MERACAU DALAM TIDUR

Meracau dia dalam tidur. Susulan 'emergency' bawa adik Izz ke wad semalam kerana 'masalah' pada Gastrostomy, doktor sahkan yang tiub Gastronya infected (jangkitan). Mungkin sebab itulah adik Izz demam pasang surut. Keliling 'button' berkenaan kemerahan dan doktor hanya cuci dengan air garam sekitarnya dan beri adik Izz antibiotik. Adik Izz tidak perlu 'admit' dan dibenarkan pulang. Berinya ubat demam, dan dia hanya tidur sahaja. Nampak lemah dan sedikit 'moody'.

Aku yang menemaninya tidur sementara mama Izz uruskan anak-anak yang lain. Aku lihat dia kerap meracau dalam tidurnya dengan kadang-kadang seperti terkejut. Mungkin rasa sakit agaknya. Aku tahu dia sedang menahan kesakitan, namun aku tidak tahu bagaimana rasanya sakit itu. Hanya mampu menggosok kepalanya menenangkannya. 

Sodium Chloride 0.9%
Kalau lihat dia sedang tidur, mulalah rasa .......

Kerap juga dia terjaga dan menangis. Kasihan aku melihatnya. Beberapa kali jugalah dia muntah. Aduhai! Mungkin dahaga barangkali, setiap kali terjaga dia akan minta air masak. Khuatir juga dia 'dehydrate'. Tampak bibirnya kering dan merekah. Moga redalah kesakitannya itu. Walau macamanapun, Nutrisi Parenteral (TPN) tetap juga diteruskan. 

Bila adik Izz 'infection', mulalah aku fikir apa sebabnya. Sebabnya aku dan mama Izz cuba sehabis baik untuk elakkan perkara-perkara yang akan akibatkan jangkitan padanya. Terfikir juga mungkin salah aku agaknya kerana 'Sodium Chloride 0.9%' yang digunakan untuk mencuci sekitar Gastro adik Izz, aku yang bancuhkan sendiri. Mungkin ada silap disitu agaknya. Sudahnya, mama Izz buang yang aku bancuh dan minta yang baru dari wad semalam. 

'Hope' hari ini dia bertambah baik. In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my