MENTAL KENA KUAT, FIKIR KENA POSITIF

Kata orang, 'kalau kita fikir positif, maka positif lah jadinya. Kalau kita fikir negatif, maka negatif lah jadinya'. Betul kah? Pada persepsi aku lah kan, negatif itu datang tak payah dipaksa manakala yang positif itu puaslah nak kena paksa barulah ia datang, itupun kadang-kadang terus hilang. Betapa kuatnya aura negatif itu. Sejak beberapa hari, mama Izz sering berasa tidak sedap hati. Di pejabat fikirannya melayang, di dalam kereta fikirannya juga melayang. 

Yang difikirkannya hanyalah 'bagaimanalah dengan keadaan tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz?'. Adik Izz dalam 2 ke 3 hari ini hendak dikatakan demam itu bukan juga, hendak dikatakan tidak demam pun bukan juga. Kadang-kadang suhu badannya agak suam, dan kadang-kadang suhu badannya agak sejuk. Jika dilihat pada tahap aktifnya, ianya sama sahaja seperti hari-hari yang lain. Keraplah juga di'jaram'kan dengan air sejuk. 

Mama Izz agak takut bila adik Izz menunjukkan tanda-tanda ingin demam. Sebabnya sebelum-sebelum ini, demam itu tanda adanya jangkitan kepada tiub CVL adik Izz. Setiap hari, apa yang paling mama Izz nantikan adalah saat 'dressing' tiub CVL adik Izz. Waktu itu barulah mama Izz dapat lihat sendiri keadaannya. Jika tidak 'dressing', bukan boleh saja-saja selak untuk lihat tiub CVL. Lihat dari luar bolehlah, tapi untuk lihat yang di dada yang ditutupi oleh Gauze Swab dan Hypafix kena tunggu bila tiba saat 'dressing' tiub CVL dan 'dressing' Nutrisi Parenteral (TPN). 

Central Venous Line (CVL) Tube
Nak tengok tiub CVL kat dada adik Izz, kena selak 'pelekat' putih di dadanya itu.

Alhamdulillah, beberapa hari ini tiub CVL adik Izz baik. Tapi kenapa adik Izz kejap naik suhu kejap turun suhu? Walaupun tiub CVL adik Izz dalam keadaan baik, mama Izz tetap berfikiran lebih kepada negatif. Aku cuba positifkannya, positif lah dia sekejap. Then negatif semula. Rakan-rakan pun cuba positifkannya, positif lah dia sekejap then negatif semula. Adik beradik pun sama cuba positifkannya, positif lah dia sekejap lepas itu negatif semula. 

Mama Izz memang 'extra cautious' dengan tiub CVL adik Izz kerana apa-apa yang libatkan tiub CVL biasanya akan libatkan 'operation' (pembedahan). Depan mata aku buka Hypafix, buka Gauze dan dia lihat tiub CVL ok, tapi dia tetap rasa tidak sedap hati. Emmm ....!

 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my