KUCING PUN TAHU FEELING

Kucing pun ada perasaan. Mungkin disebabkan itulah setiap pagi pada waktu dan jam yang sama mesti ada beberapa ekor kucing berkumpul di lobi dan menanti. Apa yang dinantikan? Setiap pagi sesi persekolahan, aku biasanya akan keluar awal 15 minit sambil bawa beg sekolah serta taska along Izz dan angah Izz. Aku akan panaskan enjin kereta dahulu sebelum aku 'drive' ke lobi dan aku akan menunggu untuk mama Izz, along Izz dan angah Izz turun. Waktu itu, aku lihat beberapa ekor kucing akan keluar dari 'persembunyian' dan berkumpul di lobi. 
Setiap hari aku lihat perkara yang sama. Kucing-kucing semuanya nampak macam kucing bela, tetapi berkeliaran macam tiada tuan. Bila along Izz keluar sahaja dari lif, kucing-kucing akan bangun dan terus pergi kepada along Izz. Setiap hari along Izz akan belai kucing-kucing itu sebelum menaiki kereta. Oh, sebab itu ke kucing-kucing itu menanti? Hehehe. Minta dimanja dan dibelai rupanya. Tak pernah pun along Izz bawa atau beri makanan kepada kucing-kucing itu. Cuma sedikit usapan dan sedikit bermain sahaja. 
Setiap hari kucing yang sama akan tunggu dia.

Berbeza dengan angah Izz yang sedikit takut bila kucing menghampirinya. Nak usap kucing pun teragak-agak. Aku biasanya biarkan sahaja along Izz dengan kucing-kucing itu. Mama Izz seperti biasalah, 'jangan pegang, nanti dia gigit'. Ala, tak sampai seminit pun dia luang masa dengan kucing itu semua. Biarkanlah. Dan bila along Izz menaiki kereta, along Izz akan 'bye-bye kucing, nanti along datang lagi'. 

Itulah rutin paginya. Jumpa 'kawan-kawan' sebelum ke sekolah.

Macam itulah hari-hari. Sabtu dan Ahad tiada sebabnya dia membuta sampai ke siang. Kalau dulu jumpa kucing, mahu dicekiknya kucing itu. Kucing pun lari bila nampak along Izz. Dan sekarang? Alhamdulillah.

1 comment:

  1. Itulah sebabnya kenapa saya suka sekali sama kucing :'v

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Followers

Google+ Followers

Like Us

Babab.net Blogged.my